Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

07 October 2013

Simpul Biawak Ketika Hamil

Assalamualaikum W.B.T.

Sejak usia kandungan masuk trimester ketiga, kekajangan kaki atau nama samara simpul biawak kerap berlaku especially pada waktu malam ketika tidur. Kesakitannya memang tidak boleh digambarkan, sakit yang amat walau hanya berlaku untuk 2-3 minit sahaja. Kebiasaannya akan berlaku pada otot betis.



Antara punca berlakunya kekejangan kaki adalah:

 Cara merawat kekejangan kaki:

 Cara pencegahan kekejangan kaki:


Dinasihatkan sentiasa lakukan senaman untuk pencegahan awal dari berlakunya kekejangan kaki yang amat menyakitkan. Actually simpul biawak bukan hanya berlaku pada wanita hamil tetapi pada semua orang. Selamt mencuba.

Source: Pn Nurazizah

Read More

25 September 2013

Teknik Bernafas Waktu Pelahiran

Assalamualaikum W.B.T.

Actually this article/information I found from Puan Suraya blog, from her post here. Wish to share with mom-to-be out there.


Source: Majalah Pa&Ma Mac 2012

Teknik Bernafas Waktu Pelahiran


Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, pernafasan akan terganggu. Lalu, menjejaskan kelancaran proses pelahiran. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan ulasan lanjut daripada Dr. Siti Esah Bahari, doktor pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.



Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.



Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.



Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.



Dr. Siti Esah menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral. 



Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.



Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.



Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.



1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.



2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.



3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.



+++ INFO TAMBAHAN +++

Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.



Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.



Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
Read More

21 February 2013

Kalkulator Ovulasi & Kalkulator Tarikh Bersalin

Assalamualaikum W.B.T.

Layari Baby Center website, kemudian boleh terus menggunakan, arahan dan keterangan yang ada pada gambar di bawah. Pastikan tarikh dan kitaran haid adalah betul untuk pengiraan yang betul.


Selepas klik pada button ‘Calculate’ akan terpapar skrin keputusan seperti di bawah. Informasi yang akan diberitahu tempoh kesuburan dan jika persenyawaan terjadi pada tempoh tersebut maka tarikh jangkaan kelahiran juga diberi.



Layari Pa&Ma website
Scroll mouse sampai ke bawah sehingga jumpa seperti gambar di bawah ini.
Kemudian boleh klik pada Kalkulator Ovulasi atau Kalkulator tarikh Bersalin.



Ini adalah skrin yang akan terpapar untuk Kalkulator Ovulasi. Pastikan anda masukkan kitaran haid dan tarikh datang haid yang betul.



Ini adalah skrin untuk Kalkulator Tarikh Bersalin, sangat terperinci dengan perkembangan bayi untuk setiap minggu. Selamat mencuba!



Nota: Kalkulator ini bukan diagnosis. Pengiraan yang disediakan adalah anggaran yang berdasarkan pada purata.
Read More

19 February 2013

Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur

Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.


Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.



Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.



Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


Sumber: PakarHowTo
Read More

29 January 2013

Folik Asid + Kesuburan + Kehamilan



FUNGSI
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folik Asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folik Asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

KESUBURAN
Asid folik yang diambil semasa mengandung dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi dari kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi.

Tahukah anda asid folik juga digalakkan diambil sebelum ibu mengandung lagi? Terutama jika pasangan sudah merancang menimang cahaya mata. Kebaikkan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan. Bagaimana?

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.  


Masalah ini sering kali mengakibatkan wanita mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Jadi, untuk mengurangkan risiko ini, suami bolehlah mengambil folik asid 700-1000 mcg sehari sebagai usaha meningkatkan taraf kesuburan.

Untuk wanita pula, kebaikkan asid folik dalam kesuburan adalah kerana ia membantu prosess permatogenesis. Asid folik berupaya membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin melekat ke dalam rahim. Kerana fungsi dan kebaikkan inilah, asid folik harus diambil sebagai usaha untuk merawat kesuburan.


Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari


Read More

17 January 2013

I’m planning for pregnancy




For sure married women akan planning for pregnancy, siapa yang x mahukan cahayamata penyeri hidup bagi pasangan yang sudah berkahwin. So I am one of married women that planning for pregnancy. Before this sibuk mencari pasal perkahwinan, now I sibuk mencari tentang kehidupan berumahtangga dan juga pelbagai informasi berkaitan pregnancy especially nutrition and supplement yang ada kaitan untuk pregnancy. Boleh ikhtiar yang terbaik untuk bayi kita.


Ada beberapa kawan and my sister also yang give suggestion untuk amalkan acid folic at least 3 months before you planning for pregnancy, suggested by doctor also. Bila dengar acid folic orang akan ingat sudah ada isi, actually kene betulkan mind women semua acid folic it’s not only for pregnancy, ia juga supplement untuk badan tp ia lebih terkenal untuk wanita mengandung untuk perkembangan bayi. Yes, it’s true x ada yang salah pun. I will give more information about acid folic in next entry.

Entry kali ini I nak share about susu tepung yang ada acid folic inside so no need to makan pil kuning kecil (acid folic) anymore. This one also recommended by some of my friends, iaitu susu Anmum Materna. Sure pernah dengarkan, iklan susu ni selalu ada dimainkan di television. So I nak share some information about Anmum Materna yang I dapat from Anmum website.

So here we go information about Anmum Materna for women planning for pregnancy.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anmum Materna is specially formulated for women who are planning for pregnancy, right up to the pregnancy stage.



What is folate and why is it important?
There are a lot factors in place when planning for pregnancy, and getting all the important nutrients you need is one of them – especially folate. Not only does folate reduce the chances of Neural Tube Defects in the foetus, it also helps your body to be physically ready to support your foetal development, once you do conceive.

Why should you start consuming folate as early as possible? 
Most pregnancies are unplanned. So taking folate as early as possible ensures that 
your physical condition is ready for pregnancy.


How can Anmum Materna help you?
Two glasses of Anmum Materna gives you 400mcg of folic acid a day, which is equivalent to approximately 97 slices of white bread (almost impossible to consume in your usually daily diet). Also, delicious tasting Anmum Materna now contains Probio DR10™ and Prebiotic (Inulin) to support a good intestinal environment. 

Fulfil your folate and nutritional needs with 2 glasses of Anmum Materna daily. Anmum Materna contains the following:

Folate: 
Folate is important for growth and division of cells in both mother and foetus.

Clinically Tested: 
Study has shown that women who consume folic acid fortified milk have increased in blood folate level. Anmum Materna is the only high folic acid milk powder that is clinically tested. 

Gangliosides & DHA: 
Nutrients found in brain. Essential brain cells begin to form as early as 27 days after conception. 

Iron: 
Is a factor in red blood cells formation that supports 50% blood volume increase during pregnancy. 

Calcium: 
Helps to build strong bones.

New! Probio DR10™ & Prebiotic (Inulin):
Inulin is a prebiotic, which helps to maintain a good intestinal environment. Meanwhile, Probio DR10™ is a type of good bacteria. It is important for pregnant mums to have a good intestinal environment for effective absorption of nutrients.



Read More

16 October 2012

Progress - HIV Test




Yesterday I went for HIV test together with my fiancee. Our appointment at 2 pm, and we were there right at 2 pm. We were the first couple to come, and I was the first candidate of the day. ~.~



Quite anxious to take blood, for the first time to take blood for fear of pain. But not even just a little bit sore painful. Upon arriving there we were given a form 'Borang Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan' to be filled. Just a piece only.


 Just cucuk di hujung jari je, x payah nak takut cakap cucuk kt urat lengan mamcam derma darah tu, cuma rasa pedih and kebas je. If anda normal darah tu akan kering dengan cepat, ingat lagi x biologi dulu2 tu.



Then what is good in Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra, after their test will provide some information related to HIV and family planning. So this information is quite useful for us. So marilah bersama kita ambil kesedaran tentang bahayanya HIV ini yang bukan nampak kesan mendadak tetapi virus ini akan bertindak lambak dalam darah dan mungkin mengambil masa 1-2 tahun untuk tahu yang anda ada HIV. Berjaga-jagalah dengan pasangan anda terutama yang ada kisah silam yang disorok dari pengetahuan pasangan.

Who pass will receive a copy of the form 'Borang Ujian Saringan HIV Pra-perkahwinan' (blue color) to take with you when you want to fill in the nikah application form. Thank God we passed and can proceed to the next process. Thank You God for simplifying all our dealings. Hope informasi ini membantu anda.




Read More

23 July 2012

Jangan

  • Terlalu lama berdiri merosakkaln tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang jimak sentiasa basah.
  • Terlalu lama duduk merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  • Terlalu lama berjalan merosakkan urat. Dalam pada itu haid tidak akan menentu masanya.
  • Terlalu lama melihat merosakkan darah. Darah haid menjadi kotor dari biasanya dan disertai dengan bau tak disenangi.
  • Terlalu riang/ gembira merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang jimak.
  • Terlalu kerap marah merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. Selepas melahirkan mudah mengalami meriang. Wanita cepat meradang, cepat pula mengeluarkan mani akibatnya kurang mampu memuaskan suami.
  • Terlalu lama tidur merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhnya jodoh. Mudah murung dan berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
  • Terlalu banyak berfikir merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam tidur kerap mengalami sentakan kaki dan tangannya, juga mengalami seolah-olah mendengar suara-suara tertentu. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  • Terlalu sedih merosakkan jantung. Boleh mengakibatkan cuai dalam merawat rahim, kerana kesedihan yang dialami. Mudah mengalami jenis penyakit puan.
  • Terlalu merana merosakkan paru-paru. Masalah dalaman yang menyangkut payudara seperti makin terlondeh dan ketegangannya semakin hilang.
  • Terlalu takut merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatjkan gejala-gejala seperti kencing manis dan lemah jantung. Peluh dan nafasnya berbau yang tidak menyenangkan.
  • Terlalu kerap terkejut merosakkan empedu. Gejala-gejala pening kepala kerap dialami. Haid tidak menentu dan pendarahan yang terkadang lebih banyak.
  • Terlalu banyak makan, merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk/tidur. Akibat liang jimak kurang bersih. Semakin banyak ragam lauk yang dimakan semakin menjejaskan kesihatan dan liang jimak.
  • Terlalu banyak minum air ais merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Keindahan tubuh terjejas. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awek muda.
  • Terlalu banyak masa lapang merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa. Kecuali masa lapang dipenuhi dengan aktiviti yang positif.
  • Terlalu kesempitan wang merosakkkan agama. Batas antara fakir dan kafir adalah kemiskinan. Jika iman tidak kuat mudah tertibat didalam pelbagai kegiatan negatif. Selanjutnya mengalami masalah dalaman yang serius dan sukar diaatasi.

Read more:
 http://www.whiteymommy.com/search?updated-max=2012-06-04T03:40:00-07:00&max-results=3&start=9&by-date=false#ixzz21PVtHu38
Read More

27 April 2012

Loofah Scrub Badan

Petola Sarang (Luffa aegyptiaca) adalah tumbuhan yang memanjat. Buahnya yang muda amat enak dibuat sup lada hitam dan bawang putih, digoreng, atau dibuat ulam. Buah yang muda berserat dan apabila kering bertukar menjadi sabut. Serat tersebut sesuai dijadikan span untuk cuci pinggan atau scrub mandian.

rupa petola yang sudah kering


  • Aromatik sebuah badan skrub rawatan untuk wanita
  • Membantu teliti membersihkan kulit badan manakala menyegarkan
  • Adunan dengan Menthol untuk membersihkan kulit & menggalakkan peredaran
  • Mengandungi Petola semulajadi & manik Jojoba untuk menawarkan pengelupasan lembut
  • Muatan dengan Vitamin yang kaya dengan antioksidan A & E untuk faedah penyembuhan & wajah baru
  • Kulit badan kelihatan halus, bertenaga & sihat mencari
  • Mampu mencerahkan kulit, menangalkan daki-daki, bintik-bintik hitam, dll

BERMINAT!!!!

only RM5/pcs exclude postage
Panjang = 30cm

Source: Google Image

Read More

13 April 2012

Smart Sweet A+



Suatu formulasi sebatian kismis diperkaya dengan nutrien Homeopathy dan neutrien biokimia. Sebatian ini dalam bentuk tablet kunyah boleh diambil beserta minuman tanpa caffein atau minuman tanpa bergas. Sangat sesuai diambil sebelum tidur.

Nutrien Homeopathy (garam tisu bio-kimia) berkhasiat membantu membekalkan tubuh serta sistem saraf dengan mikro-mineral utk mengimbangi kekurangan yg sering berlaku dalam sisitem tubuh kita. Menurut pakar kajian, bio perubatan keadaan cuaca dan suhu alam sekitar kini memberi impak yg besar terhadap kesihatan manusia. Dalam keadaan begini,tubuh badan dan kesihatan kita cepat terjejas dan kehilangan garam mineral. Ini akan menyebabkan kita mengalami stress, letih dan terkena penyakit atau virus di sekeliling. Oleh itu, Smart Sweet A+ sangat perlu kerana dapat membantu menambahkan semua garam mineral yang hilang itu,sekaligus dpt mengurangkan masalah-masalah tersebut. Tablet kunyah ini boleh diamalkan untuk jangkamasa panjang kerana ia bersifat makanan sampingan.

Baik membantu
  1.  Memberi tenaga kpd sistem saraf (minda). Otak beratnya antara 2-3 paun sahaja tetapi hampir 21% kandungan oksigen dlm tubuh adalah utk ke otak.
  2.  Mengawal masalah stress.
  3.  Mengatasi masalah gugup, cemas, gementar. Masalah gugup, gementar boleh menganggu daya tumpu,daya ingatan dan juga boleh melemahkan daya keyakinan diri.
  4. Membantu mengimbangi peredaran darah ke sistem minda.


Sukatan Disyorkan
1 biji pagi sebaik bangun dari tidur dan 2 biji sebelum tidur.(utk khasiat yang maksima jangan sentuh tablet dgn tangan)

Ramuan
Nutrien homeopathy, Dextrose, Extract Kismis.

Harga
RM24

Isi
190 Tablet




Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena