29 January 2013

Folik Asid + Kesuburan + Kehamilan



FUNGSI
Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".

Folik Asid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Folik Asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

KESUBURAN
Asid folik yang diambil semasa mengandung dipercayai boleh mengurangkan risiko bayi dari kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect. Ini dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" (NTD). Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini di antara 50% hingga 70% kemungkinan daripada ianya terjadi.

Tahukah anda asid folik juga digalakkan diambil sebelum ibu mengandung lagi? Terutama jika pasangan sudah merancang menimang cahaya mata. Kebaikkan asid folik dikatakan mampu meningkatkan kadar kesuburan. Bagaimana?

Asid folik berguna untuk kaum Adam. Jadi bakal bapa juga patut mengamalkannya. Bagaimana asid folik boleh membantu? Folik asid dipercayai dapat membantu merawat kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Jika tidak, kesuburan mungkin terjejas. Sperma yang mengalami kecacatan kromoson apabila disenyawakan dengan ovum akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.  


Masalah ini sering kali mengakibatkan wanita mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Jadi, untuk mengurangkan risiko ini, suami bolehlah mengambil folik asid 700-1000 mcg sehari sebagai usaha meningkatkan taraf kesuburan.

Untuk wanita pula, kebaikkan asid folik dalam kesuburan adalah kerana ia membantu prosess permatogenesis. Asid folik berupaya membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin melekat ke dalam rahim. Kerana fungsi dan kebaikkan inilah, asid folik harus diambil sebagai usaha untuk merawat kesuburan.


Badan Kesihatan Dunia ‘World Health Organisation’(WHO) mencadangkan  bahawa pengambilan sumber asid folik adalah seperti berikut :
  • Kanak-kanak berusia 1-3 tahun: 160ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 4-6 tahun:200ug/sehari
  • Kanak-kanak berusia 7-9tahun:300ug/sehari
  • Ibu mengandung: 600ug/sehari
  • Ibu menyusu bayi:500ug/sehari


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena