Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.
KENAPA
KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada
2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya
adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI
KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak
paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara
puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25
hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat
beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari
1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid
keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di
mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di
kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan
sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran
period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika
fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari
14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari
15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding
ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami
kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH
WAKTU SUBUR?
Setelah
anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri
ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur
baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah
secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada
hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your
previous period)
Tak
faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14
hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan
itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi
hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu
suburnya.
Ini
adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah
berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur
adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period
anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu
subur.
CARA
LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada
waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga
terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan
hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui
kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di
klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR
WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh
kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam
lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat
terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain
daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah
jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya
suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur,
maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh
itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau
siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14,
15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya
period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada
hari ke 14.
Anda
boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini
adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN
MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain
daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan
mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk
pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak
beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau
kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari
kebiasaan.
Oleh
kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian
menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah
waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan
cara kontraseptif yang lain.
Ada
juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat
dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan
tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya
harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik
untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Sumber: PakarHowTo
Sumber: PakarHowTo
2 comments:
thanks fatin for the info..sgt membantu..;)
welcome shu...sgt helpfulkan...fatin t'jmp article ni so rasa mcm informasi, tu yg share dlm blog
Post a Comment