Showing posts with label JEMPUTAN. Show all posts
Showing posts with label JEMPUTAN. Show all posts

16 November 2012

02 July 2012

Next progress in action




ALHAMDULILLAH

Kini Julai sudah mari maka masa semakin suntuk, bulan Ramadhan pun tidak lama lagi. Entry kali ini untuk update maklumat terkini persiapan perkahwinan saya je. So siapa sudi baca sila teruskan kepada sesiapa ‘anonymous’ yang x suka bole klik simbol ‘X’ di sebelah kanan atas ye.

Semalam satu perkara sudah selesai, syukur semua berjalan dengan lancar. Saya serahkan pemilihan ini kepada tunang saya untuk mengikut citarasa dia, apa pemilihan yang kami buat, adakah baju kah, adakah doorgift kah adakah pelamin kah, adakah hantaran kah… hihi saje buat tertanya-tanya ^_^

Kami sudah menempah kad jemputan perkahwinan kami (+.+) gembira sangat sebab selesai sudah pemilihan kad. Dari pameran perkahwinan semua sudah kami tinjau, berkunjung ke kedai, online searching pun. Sampai memg rambang mata nak pilih, x tahu mana yang betul-betul berkanan di hati.

Sehingga saya terjumpa dengan satu promosi yang dibuat oleh vendor kad kahwin ni, kemudian apa lagi saya share the info dengan tunang. He really interested with the promotion, tunang cakap murah dan berbaloi. Jadi saya ikutkan sahaja memandangkan duit yang akan dikeluarkan dari dia. Hehe >.<

Semalam bersamaan 1 Julai 2012, hari Ahad, kami berkunjung ke kedai itu, kebetulan kedai berdekatan dengan area rumah saya, selama 1 jam juga kami menghabiskan masa di kedia itu untuk membuat pemilihan. Invoice pun sudah dikeluarkan dan deposit sudah dibayar, jadi tunggu untuk 1sr draft of our wedding invitation card.

Bersambung nanti, kad sudah siap baru saya akan inform siapa vendor yang kami sudah pilih, saya nak pastikan qualiti kad dahulu samada vendor ini boleh ‘highly recommended’ atau sebaliknya. Sorry no photo was taken during this time, lupa sebab syok sangat tengok kad. Tunggu ya. Jumpa lagi. Sekian.
Read More

30 June 2012

Jemputan Tetamu Majlis


Impian setiap wanita pastinya ingin tampak menawan dan anggun di majlis perkahwinan yang cantik dan lancer perjalanannya bersama pasangan tercinta. Tetamu jemputan adalah penting bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin di samping memberitahu mereka mengenai ikatan yang sah pasangan pengantin.

Adakalanya tetamu yang dijemput terlalu ramai sehingga melepasi bajet yang diperuntukan. Untuk penjimatan kos, anda boleh cuba tip yang diberikan ini.

Membahagikan Jemputan tetamu
Anda dan pasangan perlu meneliti jemputan tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinan. Jemputan ini sangat penting dalam penilaian bajet yang bakal anda keluarkan untuk majlis yang gilang gemilang itu.

Perkara ini pasti sinonim dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan:
+ Anda mahu menjemput kesemua ahli keluarga dan sudara mara
+ Anda mehu menjemput kesemua rakan terdekat
+ Anda mahu menjemput semua jiran tetangga
+ Anda mahu juga menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang meraikan majlis anda.

Di sini, perkara terpenting perlu difikirkan adalah ‘Cukupkah bajet anda dengan jumlah jemputan yang ramai itu?’ Sekiranya bajet anda rendah, fikirkan langkah terbaik untuk jemputan tetamu agar tiada siapa akan rasa tersinggung dan berkecil hati sekiranya anda tidak menjemput mereka.



Berikut adalah tip menjemput tetamu:
 Pembahagian kategori – bahagian jemputan kepada tiga bahagian iaitu ‘keluarga anda, keluarga pasangan, teman anda dan pasangan.’

Tip – jemputlah keluarga yang terdekat dengan anda sahaja sekiranya bajet rendah. Anda perlu berfikiran positif di mana keluarga yang jauh tidak rapat akan memahami situasi anda. Pasti mereka akan mengirim pesanan ringkas, ‘Tahniah’  dan mendoakan kebahagian anda dan pasangan.

Teman yang rapat sahaja – jemputlah teman rapat anda dan pasangan sahaja. Sekiranya anda tidak menjemput teman yang sudah lama tidak berhbungan, ianya tidak menjadi isu dan dia tidak aka kecil hati.

Tip – teman yang rapat sudah tentu akan dating ke majlismu dan memeriahkan majlis bersama. Mereka akan membantu untuk menjadi pengapit atau berbual bersama setelah majlis tamat. Ini akan menjadikan harimu lebih bermakna dan ceria bersama mereka dan pasangan tersayang.

Rakan sekerja – tidak perlu menjemput pekerja tempat anda bekerja melainkan mereka benar-benar rapat dengan anda.

Tip – tiada persoalan atau pertanyaan yang akan dikeluarkan sekiranya anda tidaak menjemput mereka. Kebiasaannya hanya kata-kata ucapan tahniah diberikan kepada anda. Mereka tidaklah terlalu beria untuk pergi ke majlismu melainkan anda benar-benar rapat dengan mereka.
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena