23 July 2012

Jangan

  • Terlalu lama berdiri merosakkaln tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang jimak sentiasa basah.
  • Terlalu lama duduk merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  • Terlalu lama berjalan merosakkan urat. Dalam pada itu haid tidak akan menentu masanya.
  • Terlalu lama melihat merosakkan darah. Darah haid menjadi kotor dari biasanya dan disertai dengan bau tak disenangi.
  • Terlalu riang/ gembira merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang jimak.
  • Terlalu kerap marah merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. Selepas melahirkan mudah mengalami meriang. Wanita cepat meradang, cepat pula mengeluarkan mani akibatnya kurang mampu memuaskan suami.
  • Terlalu lama tidur merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhnya jodoh. Mudah murung dan berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
  • Terlalu banyak berfikir merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam tidur kerap mengalami sentakan kaki dan tangannya, juga mengalami seolah-olah mendengar suara-suara tertentu. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  • Terlalu sedih merosakkan jantung. Boleh mengakibatkan cuai dalam merawat rahim, kerana kesedihan yang dialami. Mudah mengalami jenis penyakit puan.
  • Terlalu merana merosakkan paru-paru. Masalah dalaman yang menyangkut payudara seperti makin terlondeh dan ketegangannya semakin hilang.
  • Terlalu takut merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatjkan gejala-gejala seperti kencing manis dan lemah jantung. Peluh dan nafasnya berbau yang tidak menyenangkan.
  • Terlalu kerap terkejut merosakkan empedu. Gejala-gejala pening kepala kerap dialami. Haid tidak menentu dan pendarahan yang terkadang lebih banyak.
  • Terlalu banyak makan, merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk/tidur. Akibat liang jimak kurang bersih. Semakin banyak ragam lauk yang dimakan semakin menjejaskan kesihatan dan liang jimak.
  • Terlalu banyak minum air ais merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Keindahan tubuh terjejas. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awek muda.
  • Terlalu banyak masa lapang merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa. Kecuali masa lapang dipenuhi dengan aktiviti yang positif.
  • Terlalu kesempitan wang merosakkkan agama. Batas antara fakir dan kafir adalah kemiskinan. Jika iman tidak kuat mudah tertibat didalam pelbagai kegiatan negatif. Selanjutnya mengalami masalah dalaman yang serius dan sukar diaatasi.

Read more:
 http://www.whiteymommy.com/search?updated-max=2012-06-04T03:40:00-07:00&max-results=3&start=9&by-date=false#ixzz21PVtHu38

1 comments:

~ a for ana ~ said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhh...betul ke? xpernah taw pun sebelum ni..huhu..

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena