Showing posts with label SENARAI. Show all posts
Showing posts with label SENARAI. Show all posts

23 September 2013

Minyak Telon Bayi

Assalamualaikum W.B.T.

Some of minyak telon yang available di pasaran. Mungkin ramai yang sudah mengetahui fungsi dan kegunaan minyak telon kepada bayi seperti mencegah kembung perut, merangsang saraf-saraf dan menjadikan sistem pencernaan lebih lancar dan aktif. Manfaat lain dapat menghilangkan gatal-gatal dan sebagai pelembap kulit juga. 

Mintak Telon Nyonya Meneer


Minyak Telon Bebiku


Minyak Telon Mestika Ratu


Minyak Telon Mestika Bayini


Minyak Telon Leesa Formula


Losyen Jati Embun


Minyak Telon Sendayu TInggi


Minyak Telon Tropical Herbs


Mintak Telon Konicare


Minyak Telon My Baby


Minyak Telon Cap Lang


Read More

24 October 2012

Progress - Edaran Kad Jemputan




Sihat semua, macam mana persiapan…OK? Now saya sibuk dengan senarai jemputan untuk edaran kad jemputan. Just nak tanya opinion semua how do you all select you guest especially yang bakal terima kad jemutan. Di kalangan kawan how do you select, yang betul-betul rapat ke, housemate ke, roomate ke. Ada invite through FB?

How about kawan-kawan yang biasa-biasa suam-suam kuku especially classmate yang just jumpa dalam kelas and say hi-bye only, do you invite them too? How do you divide your kad jemputan. If ada formula can share with me ok. 


Read More

09 October 2012

Looking for Honeymoon Destination


Sesiapa tengah survey tempah untuk pergi honeymoon, di bawah ini cadangan dua tempah daripada saya. Tempat ni tengok dalam google image memang lawa dan memukau mata dengan kebesaran Allah yang menciptanya, sungguh  indah dengan lautan yg jernih biru. Memang tak jumpa kalau kat KL ni.

Penginapan di Semporna
1.         Hotel Seafest, Jln Kastam
2.         Dragon Inn (Chalet terapung), Jln Kastam
3.         Arung Hayay Resort, Jln Pinggir Bakau
4.         Sipadan Inn, Baru Baru Pekan Semporna
5.         City Inn, Bandar Semporna
6.         Lee Resthouse, Semporna
7.         Scuba Junke Backpackers, Bandar Baru Semporna
8.         Rumah Rehat Kerajaan, Semporna
9.         Seafest Inn, Jln Kastam
10.    Singamata Adventure Water Chalet



Penginapan di Pulau Mabul
1.         Sipadan Water Village – Pulau Mabul & Kappalai
2.         Abdillah Sipadan Paradise – Mabul
3.         The Reef Dive Resort – Mataking
4.         Borneo Divers – Mabul
5.         Seaventures – Mabul
6.         Explore Asia (SMART Divers) – Mabul
7.         Pom-Pom Island Resort – Pom-Pom
8.         Sipadan Kapalai Dive Resort – Kapalai
9.         Uncle Chang Homestay – Pulau Mabul










Read More

30 April 2012

Senarai Semak Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan

Sekiranya anda seorang yang bertudung, anda pastinya tercari-cari gaya tudung yang terbaik untuk digayakan menjelang hari bahagia anda nanti. Gaya pengantin Muslimah tidak akan menghalang anda daripada kelihatan cantik menawan tatkala mengenakan tudung asalkan anda bijak memilih yang terbaik. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan yang terbaik. Yang penting, anda sanggup berusaha memenuhkan ilmu di dada untuk mendapatkan gaya yang terbaik.










TRENDY

Hari ini, jika anda perasan terlalu banyak fesyen dan gaya tudung yang semakin hangat digayakan oleh para gadis di luar sana. Sama ada material tudung yang digunakan daripada jenis lycra, bawal, turban dan sebagainya. Sebaik-baiknya, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk mencuba dan mempraktikkannya di majlis bersejarah anda nanti. Yang penting, pastikan anda kelihatan trendy agar tidak kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman! Yang penting , jaga aurat anda.

CARI RUJUKAN

Sekiranya anda seorang yang benar-benar mementingkan gaya dan mahu kelihatan cantik menjelang hari bahagia nanti, pastikan anda mencari konsep dan gaya tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan. Hari ini, gadis bertudung juga semakin bijak untuk tampil cantik bergaya menjelang hari bahagia. Seboleh-bolehnya, cari rujukan dalam majalah pengantin atau yang paling mudah “google’ sahaja!

CUBA SENDIRI GUNA KREATIVITI ANDA

Sebaik-baiknya anda mencuba sendiri dan membuat demonstrasi gaya pemakaian tudung pada diri anda mahupun sahabat baik anda. Cuba lakukan dengan kreatif dan ambil gambar untuk setiap langkah yang anda lakukan, Sekiranya ia kelihatan cantik, tidak salah rasanya anda mencuba untuk majlis bahagia anda nanti. Yang penting, anda kekal cantik menawan.

SOPAN & MENUTUP AURAT

Walaupun anda bakal pengantin seorang yang bertudung, anda tidak seharusnya menjadikan ia sebagai alas an dan batasan untuk bergaya pada hari bersejarah nanti. Pastikan fesyen dan gaya tudung yang dipilih kelihatan sopan dan menutup aurat. Oleh itu, kebijaksanaan anda menggayakan dan memilih fesyen bertudung yang sesuai pastinya menjamin anda tampil anggun bak bidadari.

BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK

Sekiranya anda mempunyai idea pemakaian tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan nanti, jangan takut untuk menyuarakan hasrat anda itu. Pastikan jurusolek ataupun mak andam yang anda pilih benar-benar memahami kehendak anda itu. Anda juga boleh berganbung idea untuk menghasilkan gaya tudung yang cantik dan sesuai untuk wajah anda nanti.

CARI PEREKA FESYEN BERTUDUNG TERBAIK

Anda pasti ingin kelihatan cantik bukan. Sebaik-baiknya, carilah pereka fesyen bertudung yang benar-benar berpengalaman dan mampu memberikan sentuhan istimewa buat diri anda nanti. Yang penting, bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi. Anda tidak perlu menggunakan khidmat pereka fesyen yang terlalu berpengaruh kerana kemungkinan besar bajet anda pula melebihi apa-apa yang dirancangkan. Cukuplah sekadar seorang yang benar-benar berpengalaman dan juga kreatif dalam menata rias gaya anda untuk hari bahagia nanti.

PENDAPAT KELUARGA DAN SAHABAT

Sekiranya anda mempunyai idea yang kreatif untuk menggayakan gaya tudung anda nanti, sebaik-baiknya anda bertanyakan kepada insan yang terdekat dengan anda sama ada keluarga mahupun sahabat handai. Mereka pastinya tidak akan lokek memberikan idea dan cadangan yang terbaik demi melihat anda tampil cantik menawan menjelang hari bahagia nanti. Sekiranya gaya yang anda pilih disukai mereka dan anda sendiri, pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan anda untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

Read More

13 February 2012

Print Canvas List


Style wedding di zaman sekarang nak ada photo booth, candu booth, quest booth, senang nak snap-snap picture dengan background yang cantik and menarik, ada manisan gula-gula yang comel-comel, tulis-tulis ucapan untuk pengantin. Orang sekarang makin bijak and kretif untuk menjana pendapatan dari segi perkhidmatan perkahwinan. Tidak ketinggalan dengan perkhidmatan untuk print canvas photo mereka, untuk pelbagai kegunaan, di letakkan pada bilik tidur, sebagai pameran, sebagai hiasan, macam-macam lagi. So senarai di bawah mungkin dapat membantu anda saya sedang mencari perkhidmatan print canvas yang agak elok dan berkualiti. Harap dapat sedikit sebanyak membantu kekusutan anda.


  1. Canvas Photo's (Shah Alam)
  2. Myphoto Canvas (Shah Alam)
  3. Lovely Canvas (Shah Alam)
  4. Foto Canverse - Shah Alam
  5. The Photobooth Corner (Kuala Lumpur)
  6. Wedoo - Kuala Lumpur
  7. The Perfect Canvas (Kuala Lumpur)
  8. PhotoLover Photography (Kuala Lumpur)
  9. 3D Canvas Photo 
  10. Eye Of Serigala
  11. Lensa Dunia
  12. Frame Kasih Corner

Harapan semoga anda dapat membuat pemilihan yang bijak dan membantu anda dengan pelbagai pilihan yang ada. Selamat membuat pemilihan yang betul dan tepat. Untuk pilihan yang lebih bijak cari photographer package yang include free if possible canvas for your wedding. Texture canvas memang lawa especially if hiasan kenangan dan memori di dinding rumah. Bukan hanya untuk perkahwinan mahal gambar-gambar permandangan or apa-apa sahaja asalkan gambar. Jumpa di entry lain.





Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena