Showing posts with label HENNA. Show all posts
Showing posts with label HENNA. Show all posts

17 January 2013

Wedding Review : My Henna




Lama betul nak tunggu Puan Fatin ni review about her wedding. Cewah sekarang dah title ‘Puan’ x main la nak ‘cik’ lagi kan. Seriusly lepas kahwin memang masa yang terluang x berapa nak ada macam status single/tuning dulu. Bila dah kahwin macam-macam benda nak dibuat, makan suami mesti dihidang, pakaian suami mesti dibasuh, pakai untuk ke pejabat mesti digosok, banyak lagi lah. So bakal-bakal pengantin you all will be learn all this slowly. Tapi best!

 

I nak review pasal inai or some people call it henna. Jom tengok gambar di atas ukiran inai di tangan saya. I really like it, ye lah time ni je lah dapat pakai inai ukir-ukir, lepas ni x boleh pakai dah. I dah lama book dengan kakak ni, sebab time I survey pasal inai I jumpa her blog, and terus jatuh cinta dengan inai dua tone yang kakak ni buat. Then tanpa fikir panjang I terus book dengan kakak ni, nasib area KL/Selangor. For me untuk bride area KL/Selangor should not be a problem untuk cari vendor inai/henna, boleh review my last entry here.


Gambar bawah details ukiran di tangan dan kaki, sorry kalau ada gambar kaki I yang x berapa nak comel tu. Just nak show details of her free hand details. Actually I pernah review about this kakak service in my blog, so here the entry. Kakak ni mengambil masa selama 2 jam untuk siapkan kedua belah tangan dan kedua-dua kaki sekali. Dengan bantuan dua orang adik dia. I pangil Kak Noor, so friendly and cute. Apa pendapat, cantik x? Ada banyak design yang boleh dipilih tapi saya pilih and tanya pendapat Kak Noor sesuai ke x with my hand yang kecil ni.




Memang berpuas hati dengan service Kak Noor, inai pun tahan lama warna jangan cakap la sangat merah, tapi Kak Noor pun cakap warna inai akan ikut warna darah gak so output will differ setiap orang. Then pantang x boleh basuh pinggan mangkuk, makan dengan sudu nanti nasi jadi warna merah, sebab warna akan luntur. So memang raja sehari betul lah.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Kak Noor, ini saya sertakan business card Kak Noor, she also have open one kiosk at Shah Alam Uptown, so boleh serbu kedai Kak Noor di sana. Wait for my next review ok. Jumpa lagi.







UPDATE !

Gambar di bawah ni after 2 days berinai, color inai masih tahan kan.




Read More

19 January 2012

Henna / Inai

Hello ladies, this time I want to share for henna or inai. Let go one by one. They all very talented henna design and really rambang mata to choose which one to me by henna maker on my big day. So let preview one by one, you may click on the henna maker name to link to their blog. Actually this one continue from this entry.


NED HENNA

019-6259825




013-2918754




012-6777889




017-2840975




017-2664949









Read More

23 December 2011

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Source: e-Fatwa, thanks kepada En Tunang sebab share about this.
Read More

09 August 2011

Henna (Inai)

Saya memang suka pakai inai, atau sesetengah orang panggil henna. Tapi sayang saya tiada menyimpan gambar saya memakai henna. Sekarang saya jarang pakai inai sebab tiada stok inai di rumah. Mungkin ada sesetengah orang tidak suka memakai inai, tapi terpulang pada diri masing-masing, selalunya inai berukiran ini dipakai ketika hari perkahwinan, supaya tangan pengantin nampak lagi berseri pada hari tersebut.

Inai merupakan sejenis bahan. Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Pemakaian inai seolah-oleh menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai sama seperti memakai perhiasan aksesori di tubuh seorang wanita. Inai tidak akan berkekalan selamanya ditubuh kita.


Noor Collectionz
Berseri da cantik kan, gambar di atas ini saya ambil dari Noor Collectionz, boleh lawati lawan sesawang Kak Norish (klik sini) untuk  melihat pelbagai lagi rekaan ukiran inai yang sangat  kreatif. Saya sendiri rambang mata melihat ukiran-ukiran yang sangat cantik ini, rasa seperti tidak sabar untuk membuatnya di tangan saya. 

Selain dari itu, gambar di bawah ini pula saya ambil dari Ferlina Henna, corak-corak dan hasil ukiran Kak Ferlina juga tidak kurang menarik, silalah cuci-cuci mata dengan sebahagian gambar di bawah, atau lawati lawan sesawang Kak Ferlina di sini.









Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena