07 February 2013

Honeymoon Bali - Day 2

Assalamualaikum W.B.T.

Seawal jam 7.30 pagi kami sudah sedia untuk pergi bersiar-siar, cuaca nampak macam baik. Kami mulakan dengan free breakfast for 2 person di villa. Sebelum jalan-jalan isi perut kenyang-kenyang. 





Destinasi pertama ke Kuta untuk menyaksikan persembahan barong and kecek  dance untuk sebalah pagi, if datang sebelah petang kecek and fire dance, ini macam sejarah di Bali, sekali masuk Rp 20.000 yer bukan ringgit untuk seorang. Persembahan dalam 1 jam rasanya, memang ramai mungkin musim cuti sekolah di sana dan ramai pelancong tempatan yang berkunjung ke Bali. Kami dapat t-shirt gambar kami ^__^






Destinasi kedua singgah di Angel To Angel kebetulan satu arah, ini kedai yang jual silver, sebab di Bali memang terkenal dengan hasil kraf dan aksesori dari silver. Memang juling mata bila masuk kedai, then kedainya memang sangat la ekslusif kalau di Malaysia, cuma orang yang berduit je boleh masuk, tapi di Bali mungkin ianya biasa kedai dan cara display barang nampak seperti barangan yang mahal tetapi for me agak murah sangat-sangat. Ada pelbagai bentuk aksesori yang menarik dan banyak sangat pilihan. Kemudian kami turun ke tempeh memproses aksesori ini, Nampak macam senang je tau!




Pasar Sukuwati destinasi seterusnya, pasar ni lebih kurang macam Rantau Panjang if di Kelantan, Pasar Seni if di KL and Padang Besar jika di Utara. Pasar yang jual 1001 barang dan diingatkan mestilah bijak tawar menawar, mungkin mereka akan jual mahal kepada tourist. Padahal harga jauh lebih murah sebenarnya, so pastikan pilihan yang bijak.

Perjalanan diteruskan ke Monkey Mountain, dah nama pun Monkey Mountain so memang banyak monyet, dah lupalah berapa fee untuk masuk, pisang juga ada disediakan actually kene beli. Saya x berani nak bagi makan pada monyet sebab ada yang agak nakal ada yang garang ada yang besar yang kecik comel-comel, macam-macam gaya monyet ni yang syok tengok monyet tengah cari kutu. Dinasihatkan janganlah bawak barang-barang yang senang dicapai oleh monyet. So Enjoy the picture.







Lunch kami di Roni Restorant, pemandangan sawah lagi tu. For us makanan biasa x sesedap semalam, Cuma mungkin pemandangan yang lawa buat ramai tourist nak datang makan di sini. Nasib kami baik after kami sampai berduyun-duyun tourist sampai. So here menu yang kami pilih.







Then shopping batik, x ingat nama kedai snap picture je depan kedai. So here we bought some souvenir untuk di bawa pulang. Sorry no picture here only picture depan monument kedai.


Continue shopping lagi di Krisna, ini pusat oleh-oleh terbesar dan terlengkap di bali. Semua ada aksesori, t-shirt, produk spa, beg, makanan, etc. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh singgah di website Krisna. Yang penting memang murah dengan barangan yang berkualiti.




Sebab penat sangat seharian ke sini sana kami decide untuk balik ke villa untuk rehat jap before keluar untuk celebrate new year.

Kami x decide pun nak celebrate new year kat mana sebab tepat orang, kalau kat KL memang tau sangat kat mana nak celebrate. So kami Tanya-tanya orang mana tempat yang best untuk celebrate new year, orang bali cakap tepi pantai, bila dengar pantai saya agak gerun kalau-kalau tsunami datang tiba-tiba, tapi suami cakap kalo dah ajal tu memang mati gak. Memang mengigil lutut ni bila nak pergi ke pantai. Pantai yang kami pergi Pantai Kudeta, pantai ni agak cantik tapi x Nampak sangat sebab dah malam.





Sambil jalan di pantai menunggu detik jam 12 malam kami cari makan untuk dinner, cari-cari sampai jumpa Pizza Hut. Suami cakap jom try nak mana tau pizza lain ke. Masuk je staff mereka greeting, seriously rasa macam very welcoming gitu. So sempat snap gambar air je sebab bila dah lapar terus ngap ngap ngap.




After kenyang terus ke pantai balik which about 30 minute untuk jalan kaki. Our night ending with celebrate 2013 new year at Bali. Lepas tengok ‘kembang api’ orang M’sia panggil bunga api or mercun kan, sepanjang pantai boleh tengok bunga api yang macam-macam gaya, then kami cepat-cepat balik takut susah nak dapatkan taxi untuk balik ke villa, bukan susah sangat tapi harga melampau-lampau, so kami balik naik motor je tunggang 3 orang, syok sangat kami tergelak-gelak, laju plak tu, tp saying x de gambar sbb siapa nak snapkan. Sampai di villa around 1AM. Day 2 tamat di sini. 







3 comments:

Elyani Rosli said...

Salam kak fatin..
Wah bestnye pegi Bali....
Jauh tu...
VIew sume lawa2..hehehee...
sukanye baca...

Unknown said...

Wasalam dear...g holiday memang best!
Thanks sbb sudi read my blog ni

Anonymous said...

hye.. saya dh baca blog awak..awak ada simpan lg x number fon supir? awak travel kat sana 100% guna supir ke? klaw ada number boleh msg saya x? 016-9587870. saya nak g honeymoon bulan 3 nie.. tq..

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena