06 February 2013

Honeymoon Bali – Day 1

Assalamualaikum W.B.T.

Flight kami jam 8.45 pagi dan sampai di Denpasar Airport jam 11.30 tengahari, perjalanan mengambil masa selama 2 jam 40 minit, lamakan! Sampai di airport memang ada orang dari villa yang akan menjemput kami untuk terus check-in ke villa. After keluar dari airport memang ramai supir-supir yang tunggu tetamu mereka dengan nama, memang pening nak cari nama sendiri, x percaya sila tengok gambar di bawah, di KLIA or LCCT memang x ada.





Bali memang terkenal dengan villa yang ada private pool. Jadi kami x nak lepaskan peluang yang ada. Villa Kayu Raja pilihan kami untuk penginapan 2 hari 2 malam. Dari airport ke villa sejauh 30 minit, so dalam perjalanan banyak bende yang kami perhatikan, so kesimpulan yang kami dapat buat orang Bali memang kreatif, sepanjang jalan ada sahaja kedai-kedai perabot dan kraf yang sangat unik yang pasti x terdapat di Malaysia.








Sampai di villa untuk check-in kami dihidangkan dengan segelas air sejuk yang sedap, tapi x sure air apa yang pasti halal. Sementara tunggu bilik disiapkan kami lepak di cafe villa just sebelah kaunter check-in. Lepak-lepak hujan pun turun, sebab kebetulan musim hujan di Bali. Actually dah excited nak tengok villa kami. Here I share some of the picture insdie villa before kami sepahkan. Tttteeeetttt….










Petangnya selepas asar kami bergerak ke Seminyak Square, nak cari kedai makan sebab lapar sangat-sangat. Di sini tempat shopping and banyak bar-bar yang menarik tapi maklumlah kalau dah bar mesti ada hidangan arak kan so elakkan daripada masuk, memang ramapi pelancong di sini. Kedai makan pertama yang kami singgah di Kafe Betawi, seriously sedap sangat-sangat makanannya dan yang pasti unik dan halal. Boleh try if datang ke Seminyak Square. Jom enjoy some of the picture from Kafe Betawi. 








After makan kami jalan-jalan, konon nak cari pantai nak tengok sunset tapi x tau mana arah dah jalan-jalan sampai la terjumpa flea market, lebih kurang macam uptown di KL sana, macam-macam ada. Then kami teruskan jalan-jalan sampai naik lenguh dah kaki then kami decide balik ke villa dengan naik taxi Bluebird, untuk rehat, actually husband sibuk nak mandi pool and berendam ! Day 1 tamat di sini.








8 comments:

Silent Thinker said...

bestnya...

aizu's life said...

bestnye g BALI!! bile la agknye nk merasa ke sana lak :)

anariffin said...

wah...tringin nak g sane..baru tgok satu entry..
dah eksaited..bile la agaknyer kan..huhu

Unknown said...

memang best... :D

Unknown said...

In Shaa Allah, awk ad rezeki lebih bila2 masa bolh fly ke Bali

Unknown said...

apa tunggu lagi, cepat book bila Airasia buat flight promotion, berbaloi :)

Chekgu Azrine said...

salam perkenalan..

best nmpk hanimoon di bali..

Anonymous said...

Salam kak..bestnye tempat..nk tanye akak ambil package ke pg bali ni?

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena