Seawal jam 7.30 pagi kami sudah sedia untuk pergi bersiar-siar, cuaca nampak macam baik. Kami mulakan dengan free breakfast for 2 person di villa. Sebelum jalan-jalan isi perut kenyang-kenyang.
Destinasi pertama ke Kuta untuk menyaksikan persembahan barong
and kecek dance untuk sebalah pagi, if datang
sebelah petang kecek and fire dance, ini macam sejarah di Bali, sekali masuk Rp
20.000 yer bukan ringgit untuk seorang. Persembahan dalam 1 jam rasanya, memang
ramai mungkin musim cuti sekolah di sana dan ramai pelancong tempatan yang
berkunjung ke Bali. Kami dapat t-shirt gambar kami ^__^
Destinasi kedua singgah di Angel To
Angel kebetulan satu arah, ini kedai yang jual silver, sebab di Bali memang
terkenal dengan hasil kraf dan aksesori dari silver. Memang juling mata bila
masuk kedai, then kedainya memang sangat la ekslusif kalau di Malaysia, cuma
orang yang berduit je boleh masuk, tapi di Bali mungkin ianya biasa kedai dan
cara display barang nampak seperti barangan yang mahal tetapi for me agak murah
sangat-sangat. Ada pelbagai bentuk aksesori yang menarik dan banyak sangat
pilihan. Kemudian kami turun ke tempeh memproses aksesori ini, Nampak macam
senang je tau!
Pasar Sukuwati destinasi seterusnya,
pasar ni lebih kurang macam Rantau Panjang if di Kelantan, Pasar Seni if di KL
and Padang Besar jika di Utara. Pasar yang jual 1001 barang dan diingatkan
mestilah bijak tawar menawar, mungkin mereka akan jual mahal kepada tourist. Padahal
harga jauh lebih murah sebenarnya, so pastikan pilihan yang bijak.
Perjalanan diteruskan ke Monkey
Mountain, dah nama pun Monkey Mountain so memang banyak monyet, dah lupalah
berapa fee untuk masuk, pisang juga ada disediakan actually kene beli. Saya x
berani nak bagi makan pada monyet sebab ada yang agak nakal ada yang garang ada
yang besar yang kecik comel-comel, macam-macam gaya monyet ni yang syok tengok
monyet tengah cari kutu. Dinasihatkan janganlah bawak barang-barang yang senang
dicapai oleh monyet. So Enjoy the picture.
Then shopping batik, x ingat nama
kedai snap picture je depan kedai. So here we bought some souvenir untuk di
bawa pulang. Sorry no picture here only picture depan monument kedai.
Sebab penat sangat seharian ke sini
sana kami decide untuk balik ke villa untuk rehat jap before keluar untuk
celebrate new year.
Kami x decide pun nak celebrate new
year kat mana sebab tepat orang, kalau kat KL memang tau sangat kat mana nak
celebrate. So kami Tanya-tanya orang mana tempat yang best untuk celebrate new
year, orang bali cakap tepi pantai, bila dengar pantai saya agak gerun
kalau-kalau tsunami datang tiba-tiba, tapi suami cakap kalo dah ajal tu memang
mati gak. Memang mengigil lutut ni bila nak pergi ke pantai. Pantai yang kami pergi Pantai Kudeta, pantai ni agak cantik tapi x Nampak sangat sebab dah malam.
Sambil
jalan di pantai menunggu detik jam 12 malam kami cari makan untuk dinner,
cari-cari sampai jumpa Pizza Hut. Suami cakap jom try nak mana tau pizza lain
ke. Masuk je staff mereka greeting, seriously rasa macam very welcoming gitu.
So sempat snap gambar air je sebab bila dah lapar terus ngap ngap ngap.
After kenyang terus ke pantai balik
which about 30 minute untuk jalan kaki. Our night ending with celebrate 2013
new year at Bali. Lepas tengok ‘kembang api’ orang M’sia panggil bunga api or
mercun kan, sepanjang pantai boleh tengok bunga api yang macam-macam gaya, then kami cepat-cepat balik takut susah nak dapatkan taxi untuk balik ke
villa, bukan susah sangat tapi harga melampau-lampau, so kami balik naik motor
je tunggang 3 orang, syok sangat kami tergelak-gelak, laju plak tu, tp saying x
de gambar sbb siapa nak snapkan. Sampai di villa around 1AM. Day 2 tamat di sini.
3 comments:
Salam kak fatin..
Wah bestnye pegi Bali....
Jauh tu...
VIew sume lawa2..hehehee...
sukanye baca...
Wasalam dear...g holiday memang best!
Thanks sbb sudi read my blog ni
hye.. saya dh baca blog awak..awak ada simpan lg x number fon supir? awak travel kat sana 100% guna supir ke? klaw ada number boleh msg saya x? 016-9587870. saya nak g honeymoon bulan 3 nie.. tq..
Post a Comment