23 February 2013

2 Months


Assalamualaikum W.B.T.



Syukur Alhamdulillah today sudah genap 2 bulan saya menjadi isteri. So far semua berjalan lancar dan kami sangat bahagia sekarang. Syukur Tuhan permudahkan segala urusan kami. Dalam alam rumahtangga banyak yang kita akan pelajari dan maca-macam perkara yang dapat mematangkan diri sendiri. 

Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah…yang baik di antara yang terbaik…dan kurniakan aku pendamping yang baik…dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu…Amin…

Perkara paling sweet ialah ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendiakan di dalam sujud masing-masing.



Read More

21 February 2013

Berapakah Nilai Seorang Isteri

Hargailah isteri anda...... 

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak 
Rugi dan binasalah suami-suami 
yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. 
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita sebab dia   ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,   
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak…. 


Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT   
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami...
   "offer" lah pada suami ,   
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli), 
  
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!! 
  
Kata nak pahala lebih… 
 

Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat  wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. 
Inilah nikmat Allah SWT  beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 



Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. 

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 



Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua.
 .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. 

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 



Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. 
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,   juga bukan dari tapak kaki. 

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu   (lelaki),   lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,   dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke  Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa
 L Lah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa
 L Lah' ini.
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 


Marilah kita ucapkan kalimah ini: 
"Laa ilaaha illallah!" x 10 
Read More

Kalkulator Ovulasi & Kalkulator Tarikh Bersalin

Assalamualaikum W.B.T.

Layari Baby Center website, kemudian boleh terus menggunakan, arahan dan keterangan yang ada pada gambar di bawah. Pastikan tarikh dan kitaran haid adalah betul untuk pengiraan yang betul.


Selepas klik pada button ‘Calculate’ akan terpapar skrin keputusan seperti di bawah. Informasi yang akan diberitahu tempoh kesuburan dan jika persenyawaan terjadi pada tempoh tersebut maka tarikh jangkaan kelahiran juga diberi.



Layari Pa&Ma website
Scroll mouse sampai ke bawah sehingga jumpa seperti gambar di bawah ini.
Kemudian boleh klik pada Kalkulator Ovulasi atau Kalkulator tarikh Bersalin.



Ini adalah skrin yang akan terpapar untuk Kalkulator Ovulasi. Pastikan anda masukkan kitaran haid dan tarikh datang haid yang betul.



Ini adalah skrin untuk Kalkulator Tarikh Bersalin, sangat terperinci dengan perkembangan bayi untuk setiap minggu. Selamat mencuba!



Nota: Kalkulator ini bukan diagnosis. Pengiraan yang disediakan adalah anggaran yang berdasarkan pada purata.
Read More

19 February 2013

Tips Mengenai Kitaran Haid & Waktu Subur

Assalamualaikum W.B.T.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Saya kira maklumat ini sangat penting dan amat wajar untuk kita ambil tahu serta fahami dengan betul. Terutamanya kepada sesiapa yang sudah berkahwin dan inginkan anak.

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.


Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.



Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.



Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)


Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.


Sumber: PakarHowTo
Read More

15 February 2013

Review - Belangan Cafe

Assalamualaikum W.B.T.

Sudi ker nak baca cerita basi ni, cerita 5 bulan yang lepas during my birthday celebration. Last year kebetulan my birthday jatuh on replacement of public holiday so dapat celebrate on the day lah. Double triple happy kot, selalu x dapat celebrate on the day.

Entry ni saya just nak share restaurant yang kami (me and fience that time) pergi. It was at Empire Shopping Gallery, 1st time saya and fience sampai sana, selalu lalu jer kan. Best tapi x ramai orang pun dalam tu. Mungkin it is not SALE time, so memang orang boleh kira dengan jari.







Restoran yang kami pergi tu di Belangan Cafe, tengok dari luar kedai not bad lawa interiornya. For me memang sedap and berbaloi dengan harga yang ditawarkan. So let see the picture for our selected dishes. Sorry really x ingat apa nama hidangan ni, tapi memang sedap. Beverage plak wlaupun pelik tiba-tiba ada timun tapi sedap sangat-sangat. Husband I memang berani try new recipe. I just tumpang sekaki je untuk rasa sebab takut tekak x dapat terima dan membazir bila x habis.






Here birthday girl with surprise red-velvet cake from my lovely fiancé (that time). Thanks to him for all the preparation and planning. Actually on same day kami ada fitting baju reception and baju nikah. I dapat present one of my wish list, selalu kalau I jumpa gamabr barang ni I akan tunjuk-tunjuk kat dia, x sangka dia akan beli, so dia x bagi I disclose apa barang tu so I x dapat nak inform di sini.
  





Read More

Honeymoon Bali - Day 4


Assalamualaikum W.B.T.


Bagun je pagi hari still hujan, musim hujan kan. Syukur hujan dah stop time kami dah siap untuk keluar jalan-jalan. So before keluar jalan-jalan kita sarapan puas-puas. Kami tertunggu-tunggu supir kami untuk hari ini. Supir untuk hari ini kebetulan semalam time nak ke hotel naik taxi kami survey dengan supir ni harga if nak tour tempat-tempat yang kami dah list so agak murah kami terus book dengan dia.

Kami keluar jam 9 pagi, destinasi pertami tempat yang paling jauh. Kami ke Uluwatu Temple, perjalanan dari hotel kira-kira 30 minit, we just enjoy the journey. Dalam perjalanan supir kami ni cerita la serba sedikit sejarah tempat-tempat di Bali, so we enjoy with this supir. My husband friend yang pernah pergi ke Bali, awal-awal dah pesan if pergi ke Uluwatu Temple jaga-jaga dengan monyet di sana, monyetnya agak nakal yer! Suka ambil barang kemudian rosakkan. Supir cerita pernah sekali monyet ambil dompet tourist kemudian campak ke bawah laut. Kesian kan! So if pergi ke Uluwatu, beware jangan bawak barang apa-apa include sunglass.

Sampai di sana, kami diberi kain untuk diikat di pinggang, bila Tanya supir untuk apa kain tu. Ini dikira menghormati temple, if tourist yang pakai seluar pendek or skirt yang paras lutut mereka kene pakai kain untuk tutup. Sebab temple mcm orang bukan Islam nak masuk masjid la, faham-faham je lah. So saya memang awal-awal x bawak apa-apa, fobia kalau monyet dok meroyan. Naik-naik atas terus terpegun dengan environment and suasana yang sangat lawa, terserlah kebesaran kuasa Allah. Sangat cantik, FYI Uluwatu Temple ni kawasan paling hujung di bali, strategic kan place ni.

And ada tourist yang dah kene serang dengan monyet, monyet ambil his sunglass bawak lari then ada penjaga temple dh pukul monyet tu then monyet tu balik sunglass tapi dah rosak, what to do, kami tengok je lah kan. Yang best supir kami escort kali sekali time masuk ke temple with batang kayu siap-siap nak pukul monyet yang nakal ni. Hihi…so enjoy some picture from Uluwatu Temple.













Next kami ke Padang-Padang Beach, just 5 – 10 minutes from Uluwatu Temple. Pantai yang agak cantik and jernih sekali yer, but supir cakap selalu orang datang sini untuk main surfing. So kami just turun ke bawah untuk snap picture, banyak tangga nak turun then mesti lalu di satu kawasan yang macam dalam dua, tengok gambar bawah nanti yer.





   





Kebetulan lalu kami singgah di Dreamland, mengikut cerita supir, tanah ini hak milik Suharto tetapi selepas Suharto diistihar bankrupt so ada orang lain yang beli and develop kawasan ini menjadi Dreamland, x sure kenapa namanya Dreamland. Mungkin sebab kawasannya sangatlah cantik, pantai yang kami pernah tengok paling cantik dengan mata kepala sendiri, air yag biru kejernihan, Subhanallah! Gambar x berapa jelas sebab cuaca agak mendung, nak tengok gambar yang legi best tengok di Google Image. Sure terpegun!







Kemudian singgah di Garuda Wisnu Kencana (GWK), di sini ada monument patung burung garuda and patung lain, then ad persembahan seem like Kecek & Barong Dance tempoh hari. Tapi kami sampai je persembahan dah habis so just take some pictures.






Lunch kami pilih untuk makan McDonalds, then kami decide untuk buy some more souvenir sementara masa yang berbaki untuk ke candle light dinner kami. Hehe. So this time ke Krisna cawangan lain, di Bali Krisna ada banyak cawangan. Habis masa di Krisna 1 Jam juga sebab kami dah tau apa yang nak beli so just go cari the particular things only. Then kami Tanya supir ke mana lagi yang tempat berdekatan yang boleh kami kunjungi sementara nak tunggu sunset menjelma. Supir suggest untuk pergi ke Nusa Dua. Supir ni bagus sebab dia akan ikut je kehendak kita, macam kesian sebab penat tapi kita bayar dia kan. Haha…jahat! Nusa Dua pantai yang sangat tenang and cantik sangat, keliling semua hotel-hotel sampai nak masuk just ada one jalan je.





Sampailah ke moment yang paling romantic and di tunggu-tunggu, candle light dinner. Teruja sangat-sangat nak candle light dinner dengan suami. Bila sampai di kawasan pantai terus terjah ke meja tepi pantai tapi cuaca mendung je doa sangat-sangat time tu hujan x turun. Tempat ni wajib yer pergi, nama tempat ni Jimbaran, sepanjang pantai memang kedai seafood yang khas untuk candle light dinner yang memang menghadap pantai yer. Malas nak cerita panjang, so tengoklah gambar-gambar yang sempat disnap. Romantik sangat-sangat! Siap ada lagu khas dinyayikan for us. Tapi kene bagi tips lah yer jangan buat do no je plak.










  

Habis makan perut dah penuh, kami lepak-lepak sambil hirup udara segar dapi pantai, walaupun dah gelap x nampak apa-apa, but sound ombak veru nice and tenang. Yang best kedai makan di Jimbaran ada free pick-up and drop-back tau, best kan so x payah susah hati takut sesat or x jumpa tempat. Di sana ada banyak pilihan kedai but mostly all same. Kami just walk-in x ada reserved bagai, tapi tempat di table di tepi pantai limited first come first serve. Then balik kami round-round di Kuta before drop-back ke hotel. Hari ke-4 tamat di sini. Zzzzzzzz




Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena