15 February 2013

Honeymoon Bali - Day 4


Assalamualaikum W.B.T.


Bagun je pagi hari still hujan, musim hujan kan. Syukur hujan dah stop time kami dah siap untuk keluar jalan-jalan. So before keluar jalan-jalan kita sarapan puas-puas. Kami tertunggu-tunggu supir kami untuk hari ini. Supir untuk hari ini kebetulan semalam time nak ke hotel naik taxi kami survey dengan supir ni harga if nak tour tempat-tempat yang kami dah list so agak murah kami terus book dengan dia.

Kami keluar jam 9 pagi, destinasi pertami tempat yang paling jauh. Kami ke Uluwatu Temple, perjalanan dari hotel kira-kira 30 minit, we just enjoy the journey. Dalam perjalanan supir kami ni cerita la serba sedikit sejarah tempat-tempat di Bali, so we enjoy with this supir. My husband friend yang pernah pergi ke Bali, awal-awal dah pesan if pergi ke Uluwatu Temple jaga-jaga dengan monyet di sana, monyetnya agak nakal yer! Suka ambil barang kemudian rosakkan. Supir cerita pernah sekali monyet ambil dompet tourist kemudian campak ke bawah laut. Kesian kan! So if pergi ke Uluwatu, beware jangan bawak barang apa-apa include sunglass.

Sampai di sana, kami diberi kain untuk diikat di pinggang, bila Tanya supir untuk apa kain tu. Ini dikira menghormati temple, if tourist yang pakai seluar pendek or skirt yang paras lutut mereka kene pakai kain untuk tutup. Sebab temple mcm orang bukan Islam nak masuk masjid la, faham-faham je lah. So saya memang awal-awal x bawak apa-apa, fobia kalau monyet dok meroyan. Naik-naik atas terus terpegun dengan environment and suasana yang sangat lawa, terserlah kebesaran kuasa Allah. Sangat cantik, FYI Uluwatu Temple ni kawasan paling hujung di bali, strategic kan place ni.

And ada tourist yang dah kene serang dengan monyet, monyet ambil his sunglass bawak lari then ada penjaga temple dh pukul monyet tu then monyet tu balik sunglass tapi dah rosak, what to do, kami tengok je lah kan. Yang best supir kami escort kali sekali time masuk ke temple with batang kayu siap-siap nak pukul monyet yang nakal ni. Hihi…so enjoy some picture from Uluwatu Temple.













Next kami ke Padang-Padang Beach, just 5 – 10 minutes from Uluwatu Temple. Pantai yang agak cantik and jernih sekali yer, but supir cakap selalu orang datang sini untuk main surfing. So kami just turun ke bawah untuk snap picture, banyak tangga nak turun then mesti lalu di satu kawasan yang macam dalam dua, tengok gambar bawah nanti yer.





   





Kebetulan lalu kami singgah di Dreamland, mengikut cerita supir, tanah ini hak milik Suharto tetapi selepas Suharto diistihar bankrupt so ada orang lain yang beli and develop kawasan ini menjadi Dreamland, x sure kenapa namanya Dreamland. Mungkin sebab kawasannya sangatlah cantik, pantai yang kami pernah tengok paling cantik dengan mata kepala sendiri, air yag biru kejernihan, Subhanallah! Gambar x berapa jelas sebab cuaca agak mendung, nak tengok gambar yang legi best tengok di Google Image. Sure terpegun!







Kemudian singgah di Garuda Wisnu Kencana (GWK), di sini ada monument patung burung garuda and patung lain, then ad persembahan seem like Kecek & Barong Dance tempoh hari. Tapi kami sampai je persembahan dah habis so just take some pictures.






Lunch kami pilih untuk makan McDonalds, then kami decide untuk buy some more souvenir sementara masa yang berbaki untuk ke candle light dinner kami. Hehe. So this time ke Krisna cawangan lain, di Bali Krisna ada banyak cawangan. Habis masa di Krisna 1 Jam juga sebab kami dah tau apa yang nak beli so just go cari the particular things only. Then kami Tanya supir ke mana lagi yang tempat berdekatan yang boleh kami kunjungi sementara nak tunggu sunset menjelma. Supir suggest untuk pergi ke Nusa Dua. Supir ni bagus sebab dia akan ikut je kehendak kita, macam kesian sebab penat tapi kita bayar dia kan. Haha…jahat! Nusa Dua pantai yang sangat tenang and cantik sangat, keliling semua hotel-hotel sampai nak masuk just ada one jalan je.





Sampailah ke moment yang paling romantic and di tunggu-tunggu, candle light dinner. Teruja sangat-sangat nak candle light dinner dengan suami. Bila sampai di kawasan pantai terus terjah ke meja tepi pantai tapi cuaca mendung je doa sangat-sangat time tu hujan x turun. Tempat ni wajib yer pergi, nama tempat ni Jimbaran, sepanjang pantai memang kedai seafood yang khas untuk candle light dinner yang memang menghadap pantai yer. Malas nak cerita panjang, so tengoklah gambar-gambar yang sempat disnap. Romantik sangat-sangat! Siap ada lagu khas dinyayikan for us. Tapi kene bagi tips lah yer jangan buat do no je plak.










  

Habis makan perut dah penuh, kami lepak-lepak sambil hirup udara segar dapi pantai, walaupun dah gelap x nampak apa-apa, but sound ombak veru nice and tenang. Yang best kedai makan di Jimbaran ada free pick-up and drop-back tau, best kan so x payah susah hati takut sesat or x jumpa tempat. Di sana ada banyak pilihan kedai but mostly all same. Kami just walk-in x ada reserved bagai, tapi tempat di table di tepi pantai limited first come first serve. Then balik kami round-round di Kuta before drop-back ke hotel. Hari ke-4 tamat di sini. Zzzzzzzz




1 comments:

Anonymous said...

wow... ada contact supir tu tak?

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena