26 November 2012

Dugaan Dalam Pertunangan




Pertunangan adalah selangkah sebelum menujunya pernikahan..Kita kadang2 hanya faham ungkapan bertunang hanya semata mengikut adat,betulke?tetapi hakikatny ada tujuan yang ingin dicapai.Iaitu salah satunya proses mengenali dan memahami bakal pasangannya dan latar belakangny sblm dikahwini.Selain itu ia juga bertujuan sebagai persediaan sblm melangkah ke alam pernikahan.

Takrifan Ulama dari mazhab Shafie (Umairah): Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya. Dari takrifan Ulama dari mazhab Maliki (Hatab) pula: Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan.

Tapi disebalik ungkapan pertunangn, Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? benarkah bila bertunang banyak dugaan?.. Rasanya ya..tapi kenapa? Itu suma muslihat dan tipu daya syaitan..secara saintifiknya memang tidak masuk akal orang yg bertunang ni byk ujian,tetapi secara fitrahnya memang benar!sbb nye,disitu lah lubang2 utk syaitan menyesat dan merosakkan niat baik sebuah ikatan pertunangan itu. Dan mengapa pula syaitan nak rosakkan?Sebab supaya kita tidak mendekati jalan ibadah kepada Allah (jauh dari niat sebenar asal pertunangan). Oleh itu, syaitan sering menghasut dan mengoda agar hubungan itu rosak dan putus. Ayat dibawah merungkaikan janji Iblis kepada Allah utk menyesatkan umat manusia:

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan)
menjadikan daku sesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat
menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus (Shirat al-Mustaqim).
Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dari belakang mereka,
dari kanan mereka serta dari kiri mereka;
dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.”
[al-A’raaf 7:16-17]


‘Tipu daya syaitan amat halus sekali. Kadangkala melalusi perasaan,emosi, keinginan,tanggapan dan sebagainy.nauzubillah..mg dihindarkan.. Ayat ini,kita blh tgk bagaimana carany syaitan menggoda dan menyesatkan manusia. Dari mana arah sekalipun (macamana cara sekalipun) mereka sentiasa akan berusaha..apa yang kita mampu lakukan,cubalah sentiasa berdoa dan berusahalah menjga hubungan kita denganNya..’Ketika bertunang ni, byk pula peluang2 syaitan utk merosakkan kita.kdg2 kita tertanya2 mengapa aku jadi begini dan begitu.’Semuanya gara-gara bisikan syaitan yg tidak henti2.Dalam keadan sedar atau tidak sedar kita akan melalui keadaan sedemikian. Melalui pengamatan umum , kemungkina antara dugaan yang akan berlaku ketika bertunang.

·         Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sikit2 terasa hati sehinggakan blh mengundang pergaduhan terjadi.
·         Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.susah tu..
·         Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana.
·         Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala..sekecil2 benda pun blh merumitkan..
·         Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbulla,tiba2 malas la fikir pasal kahwin, byk sgt bendanya.
·         Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Harapnya kepada bakal2 tunang di luar sana bersedialah utk menghadapi ujian tika mana ia datang. Tapi bukan itu saja,  bersedialah juga dari aspek segalanya, fizikal dan juga mental. Nak menikah ni bukan suka2,bukan tangkap muat, bukan bersahaja, tetapi perlulah bersandarkan kepadaniat dan objektif yg diredhai..Yang paling penting,jgn lupa,bersedialah dari aspek  rohani,kerana ia yang akan menjadi perbandingan keutuhan sebuah institusi rumahtangga itu nanti…   wallahualam.. (edited by umarmujahid)


2 comments:

Unknown said...

betul...bertunang ini adalah dugaan...samada kita mampu atau tak..semuanya terpulang pada diri kita....banyak2 berdoa..semoga segala urusan kita dipermudahkan..

ecadwinkyasha said...

mcm2 dugaan..kdg2 trfikir juga..nnti nak bertunang lagi ke atau kawen terus.......nak bertunang juga,sbb dlm tempoh tunang tu..buat persediaan kahwin..g mana2 ble mengada ckt cakap "tunang saya".hahahaha
:)

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena