02 November 2011

Engagement Doorgift

Pemilihan kotak doorgift dibuat oleh emak saya. Kotak ini boleh didapati di Nilai 3, samada di Astana Mayang Sari atau ZC Touch. Di sana ada pelbagai jenis kotak doorgift dan pelbagai saiz yang bersesuaian dengan isi doorgift anda. Kotak yang menjadi pilihan emak saya ini berukuran 2.5" x 2.5" anggaran, terdapat dalam 6 pilihan warna (hitam, pink, purple, orange, hijau, biru) berserta dengan tali. Disebabkan ini hanya untuk majlis pertunangan jadi kami sepakat untuk mengisi apam polka dot yang sedang hangat dipasaran sekarang.


Untuk isi dalam kotak pula, kami isi apam polka dot yang ditempah khas daripada Normie kawan kepada my aunt. So apam ni boleh request color actually but kami prefer buat colorful then isi dalam filling pun kami campur not state with one filling only. So rasa pulak of course la sedap and gebu, if tak sedap saya x review in my blog to promote. So you all can try to order with Normie. Then finally kotak ini saya kepil sekali dengan TQ tag seperti gambar ini.

picture credit to Siti Aimi

Lastly terima kasih diucapkan kepada makcik-makcik saya Marha Sidik, Zalili Sidik & Zuraidah Sidik yang membantu mengisi apam ke dalam kotak dan juga terima kasih kepada diri sendiri yang rajin melipat kotak bersama bonda tercinta Rosni Sidik dan juga nenek Zaharah a.k.a Tokma. Pemerhari kerja (mando) ayah saya Rafeek Ahmad. Kerjasama anda dan bantuan anda saya ucapkan jutaan terima kasih. Love you all, without you all I will not be here.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena