30 April 2011

Tips Solekan: Pemakaian Foundation

Pada entry sebelum ini, kita telah diperkenalkan dengan penggunaan base didalam solekan bukan? So adakah anda telah mendapatkan base yang sesuai untuk wajah anda? Perlu diingatkan sekali lagi penggunaan base amat penting kerana ia akan memberi kesan yang lebih menarik serta cantik jika dipakai sebelum anda semua menyapu foundation ke wajah anda.

Bercakap mengenai foundation, kali ini kita akan membincangkan tentang pemakaian foundation secara betul dan berkesan. Foundation merpakan asas utama dalam seni solekan. Seprti semua sedia maklum, penggunaan foundation secara betul dan teratur akan menjadikan wajah kita lebih sempurna. Setelah foundation disapu, wajah kita akan berubah menjadi selembar kanvas yang halus serta mulus yang sedia untuk dicorakkan.

Foundation terbahagi kepada beberapa jenis iaitu yang berunsur cecair (liquid), krim, stik (stick), mousse dan beberapa jenis yang lain. Jenis foundation yang akan diguna bergantung kepada kondisi kulit anda sendiri. Namun ada sesetengah antara kita semua membeli foundation setelah menonton iklan di TV ataupun terpengaruh kepada kata-kata jurujual. Harus diingat, jenis foundation bergantung kepada kesesuai kulit kita dan juga kondisi kulit itu sendiri.

Apabila anda membeli foundation untuk wajah anda, anda perlu mengenal pasti dahulu jenis serta kecenderungan kulit anda. Jika anda berkulit kering, pilihlah foundation berunsur krim atau stick. Foundation berunsur cecair amat sesuai kepada kulit normal serta berminyak. Namun sila pastikan anda memilih foundation yang bahan pembuatannya berunsur air. Bagi kulit yang cenderung berminyak, foundation yang berunsur mousse lebih sesuai kerana ia terdiri daripada bahan bebas minyak dan matte finished.

Selain itu, anda perlu menitikberatkan warna foundation apabil membeli foundation untuk wajah anda. Sebagi tips, kulit yang cerah, pilihlah foundation yang bertone light. Tone warna medium sangat sesuai pada yang berkulit sawo matang manakala yang berwajah cenderung kepada gelap, sila pilih warna dari kumpulan tone deep. Jika anda mahu selamat, pilih warna natural supaya wajah anda tidak kelihatan seperti tepung gomak semasa bersolek. Pada kaum lelaki pula, warna natural adalah yang paling sesuai kerana warna ini mampu mengelakkan anda daripada kelihatan seperti memakai topeng.

Tips memilih warna yang sesuai bagi anda ialah dengan menyapu sedikit foundation yang mahu dibeli di bahagian rahang anda sendiri. Kerap kali kita mencuba foundation di pergelangan tangan. Awas, kulit wajah masih kulit wajah, tidak akan sama dengan kulit tangan! Setelah menyapu foundation pada rahang, perhatikan! Jika warna yang disapukan kelihatan seakan-akan dengan warna asli kulit, nah.. Itulah warna yang palindg sesuai untuk anda. Mudah bukan?

Apabila mengaplikasi foundation, pastikan anda menyapu seluruh wajah anda dengan foundation secara merata dan tidak bercapuk-capuk. Gunakan span yang sesuai apabila menyapu foundation. Berus khas yang dikenali sebagai foundation brush juga bagus digunakan. Jika anda menggunakan foundation blending brush untuk meratakan foundation yang telah disapu, kesannya lebih bagus serta kompleksi wajah juga terserlah. Tak percaya cubalah.


Fondation Blending Brush


Berbincang mengenai jenama foundation yang ada di pasaran kini, terlalu banyak jenama yang mengeluarkan foundation, yang paling kita ketahui ialah MAC bukan? Tetapi anda juga perlu tahu terdapat ratusan jenama yang ada dalam pasaran dewasa ini. Jenama seperti, Kryolan, Benefit, Stage, Bobbi Brown dan beberapa jenama yang gah lain turut mendapat perhatian para jurusolek serta pencinta solekan. Namun, harga satu-satu foundation keluaran jenama di atas agak tinggi. Tetapi, bagi anda yang budget sederhana, jangan risau, jenama seperti Maybelline, Revlon, Sari Ayu, Mustika Ratu, Elianto juga bagus serta harganya sungguh berpatutan dan mampu dimiliki! Kualitinya juga tidak kurang hebat.

Berikut adalah antara jenama serta jenis foundation yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan MeKaP-MeKaP!



Jenama: Kryolan
Jenis: Stick
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%




Jenama: Benefit
Jenis: Stick
Kepuasan Penggunaan : 90%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%

Jenama: Maybelline
Jenis: Mousse
Kepuasan Penggunaan : 80%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%



Jenama: MAC
Jenis: Stick
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%



Jenama: MAC
Jenis: Liquid
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%



Jenama: Revlon
Jenis: Liquid
Kepuasan Penggunaan : 95%
Kesesuaian pada Girl : 50%
Kesesuaian pada Guys : 50%



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena