30 April 2011

Tips Ringkas Memilih Tudung

Pemakaian tudung yang bersesuaian di kalangan wanita menjadikan si pemakai kelihatan lebih

sopan
*
kemas
*
anggun
*
bergaya
*
Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit tips pemilihan tudung. Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti

fabrik
*
warna
*
saiz
*
corak
*
bentuk muka
*
gaya pemakaian


Tip 1: 

Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).

Tip 2:

Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tip 3:

Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.

Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

Tip 4:

Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

Tip 5:

Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

Tip 6:

Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

Tip 7:

Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.

Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tip 8:

Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.

Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

Tip 9:

Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.

Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tip 10:

Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.

Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

Tip 11:

Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.



Macamana dengan tips di atas? Harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda selepas ini dalam memilih dan memakai tudung. Namun ia sekadar tips dan pendapat, terpulang kepada anda sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak. Mungkin ada di antara anda yang berani bereksperimentasi tentang pemakaian tudung?? Itu satu usaha yang patut dipuji tetapi pastikan ianya tidak keterlaluan dan menjadikan anda sebagai mangsa fesyen.



Ahaah! Sampai di sini dulu pertemuan kita, InsyaAllah jumpa lagi lain kali:)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena