30 June 2012

Jemputan Tetamu Majlis


Impian setiap wanita pastinya ingin tampak menawan dan anggun di majlis perkahwinan yang cantik dan lancer perjalanannya bersama pasangan tercinta. Tetamu jemputan adalah penting bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin di samping memberitahu mereka mengenai ikatan yang sah pasangan pengantin.

Adakalanya tetamu yang dijemput terlalu ramai sehingga melepasi bajet yang diperuntukan. Untuk penjimatan kos, anda boleh cuba tip yang diberikan ini.

Membahagikan Jemputan tetamu
Anda dan pasangan perlu meneliti jemputan tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinan. Jemputan ini sangat penting dalam penilaian bajet yang bakal anda keluarkan untuk majlis yang gilang gemilang itu.

Perkara ini pasti sinonim dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan:
+ Anda mahu menjemput kesemua ahli keluarga dan sudara mara
+ Anda mehu menjemput kesemua rakan terdekat
+ Anda mahu menjemput semua jiran tetangga
+ Anda mahu juga menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang meraikan majlis anda.

Di sini, perkara terpenting perlu difikirkan adalah ‘Cukupkah bajet anda dengan jumlah jemputan yang ramai itu?’ Sekiranya bajet anda rendah, fikirkan langkah terbaik untuk jemputan tetamu agar tiada siapa akan rasa tersinggung dan berkecil hati sekiranya anda tidak menjemput mereka.



Berikut adalah tip menjemput tetamu:
 Pembahagian kategori – bahagian jemputan kepada tiga bahagian iaitu ‘keluarga anda, keluarga pasangan, teman anda dan pasangan.’

Tip – jemputlah keluarga yang terdekat dengan anda sahaja sekiranya bajet rendah. Anda perlu berfikiran positif di mana keluarga yang jauh tidak rapat akan memahami situasi anda. Pasti mereka akan mengirim pesanan ringkas, ‘Tahniah’  dan mendoakan kebahagian anda dan pasangan.

Teman yang rapat sahaja – jemputlah teman rapat anda dan pasangan sahaja. Sekiranya anda tidak menjemput teman yang sudah lama tidak berhbungan, ianya tidak menjadi isu dan dia tidak aka kecil hati.

Tip – teman yang rapat sudah tentu akan dating ke majlismu dan memeriahkan majlis bersama. Mereka akan membantu untuk menjadi pengapit atau berbual bersama setelah majlis tamat. Ini akan menjadikan harimu lebih bermakna dan ceria bersama mereka dan pasangan tersayang.

Rakan sekerja – tidak perlu menjemput pekerja tempat anda bekerja melainkan mereka benar-benar rapat dengan anda.

Tip – tiada persoalan atau pertanyaan yang akan dikeluarkan sekiranya anda tidaak menjemput mereka. Kebiasaannya hanya kata-kata ucapan tahniah diberikan kepada anda. Mereka tidaklah terlalu beria untuk pergi ke majlismu melainkan anda benar-benar rapat dengan mereka.

1 comments:

Syazlina Khairuddin said...

Thanks ats tips yg dkongsi..eh date nikah kite same ke 21 dis 2012? sbb tengok tickle kita sama..nyway salam kenal =)

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena