Saya memang suka pakai inai, atau sesetengah orang panggil henna. Tapi sayang saya tiada menyimpan gambar saya memakai henna. Sekarang saya jarang pakai inai sebab tiada stok inai di rumah. Mungkin ada sesetengah orang tidak suka memakai inai, tapi terpulang pada diri masing-masing, selalunya inai berukiran ini dipakai ketika hari perkahwinan, supaya tangan pengantin nampak lagi berseri pada hari tersebut.
Inai merupakan sejenis bahan. Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Pemakaian inai seolah-oleh menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai sama seperti memakai perhiasan aksesori di tubuh seorang wanita. Inai tidak akan berkekalan selamanya ditubuh kita.
Noor Collectionz |
Berseri da cantik kan, gambar di atas ini saya ambil dari Noor Collectionz, boleh lawati lawan sesawang Kak Norish (klik sini) untuk melihat pelbagai lagi rekaan ukiran inai yang sangat kreatif. Saya sendiri rambang mata melihat ukiran-ukiran yang sangat cantik ini, rasa seperti tidak sabar untuk membuatnya di tangan saya.
Selain dari itu, gambar di bawah ini pula saya ambil dari Ferlina Henna, corak-corak dan hasil ukiran Kak Ferlina juga tidak kurang menarik, silalah cuci-cuci mata dengan sebahagian gambar di bawah, atau lawati lawan sesawang Kak Ferlina di sini.
0 comments:
Post a Comment