Tujuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat
mewujudkan kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang
rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat
dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam
perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan
membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebabnya jika
peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja
mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan hidup mereka
tidak tenteram.
Perkahwinan
adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara
keluarga baru. Hubungan ini wajib diperteguhkan kerana keluarga baru itu
sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk
masyarakat.
Hikmat
Perkahwinan:
- Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
- Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
- Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
- Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
- Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T
1 comments:
Tq sbab sudi berkongsi
Post a Comment