15 September 2012

Hikmah Berkahwin


Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebabnya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan hidup mereka tidak tenteram.

Perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru. Hubungan ini wajib diperteguhkan kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat.

Hikmat Perkahwinan:
  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T


1 comments:

BIE said...

Tq sbab sudi berkongsi

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena