08 August 2012

Persiapan Hantaran




Bagaimana dengan puasa anda, jangan x tau kita hampir kepada 10 Ramadhan terakhir dah. Sempena cuti Nuzul Quran isnin yang lalu, saya dan tunang mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah, tapi bukan membeli belah untuk persiapan raya tapi untuk barang hantaran perkahwinan kami. Inshaallah. 


Destinasi pertama yang telah kami tuju adalah Mid Valley. Kami sampai sana seawal jam 10pagi, awalkan maklumlah kan time mega sale. Adalah beberapa barang yang kami beli di Mid Valley. Kemudian kami teruskan perjalanan ke shopping mall berikutnya ke KL Festival City yang terletak di Danau Kota (Setapak). Tapi tiada barang yang kami beli, cuma menghabiskan masa meronda-ronda seketika menunggu waktu berbuka.




Cuba teka dimana kami berbuka pada hari itu, actually x planned pun walaupun dah lama mengidam nak rasa hidangan yang makin mendapat perhatian ni. Apa lagi kalau bukan ‘burger bakar’ kali ni di Taman Dagang, Ampang. Rezeki kami ketika sampai di sana tempat masih banyak dan x perlu beratur panjang lagi. Kemudian kami rehat untuk melegakan kesakitan dan kelenguhan kaki yang seharian berjalan. Ini kali pertama kami iftar bersama sebagai untuk Ramadhan kali ni.


Burger Bakar @ Taman Dagang



Sambung untuk keesokan harinya, seawal jam 9pagi tunang sudah sampai di rumah untuk sambung shopping. Kali ni kami pergi ke Sunway Pyramid, kami sampai sana jam 9.35pagi, kedai semua x buka lagi tau. Banyak juga barang yang kami beli di sini dengan harapan semua barang sudah mencukupi, tapi tidak. Kami pergi pula ke Paradigm Mall, shopping mall yang baru tu, not bad. Ni la destinasi terakhir kami dengan tamatnya pencarian kesemua brang yang ada dalam checklist kami.


cuba teka jam mana yg mana saya pilih ^_^
Kami mengambil masa selama dua hari untuk mencari barang hantaran kami, syukur dipermudahkan segala urusan tanpa banyak masalah dalam pemilihan. Nasihat kalau nak jimat masa pergilah ke shopping mall yang super besar because ada banyak pilihan dan boleh beli in just one mall only. Tapi mungkin ada pasangan yang prefer yang every month beli one item, boleh juga terpulang pada masaing-masing. 


org yg tgh keliru nak wat pemilihan kasut
Beli time mega sale memang jimat, banyak offer diskaun, sale sini sale sana. Mungkin ada orang cakap padahal harga yang after diskaun tu actually the actual price for that item, mungkin ya atau tidak, tapi bagi saya for certain thing agak berbaloi dan jimat.  Kalau jumpa barang yang bekanan terus beli jangan terlalu cerewet (“.).





3 comments:

Unknown said...

Bestkan kalau ape yg kite planning tercapai?hihi

U.Y.A said...

sopink sakan tuuuh!sonok kn

anakpakshaikh said...

jenjalan disini... follow blog

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena