08 August 2012

Hemah Berbelanja


Satu persatu persiapan pastinya telah mula dirancang dalam memenuhi keperluan majlis berbahagia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Berhemah berbelanja mampu membantu anda mengawal aliran kredit peruntukan perkahwinan anda.

  • Pastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi bagi mengelakkan daripada  membuat pinjaman dari institusi kewangan mahupun daripada sanak saudara.
  •  Membuat bajet yang realistik dan mengikut kemampuan diri, merangkumi semua aspek perkahwinan.
  • Berbelanja untuk sesuatu barangan, ketahuilah bahawa sesetengahnya yang bernilai murah juga mempu menyerlahkan keistimewaan tersendiri.
  •  Mungkin boleh dibawa berbincang dengan bakal suami/isteri untuk berkongsi jamuan. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup jadi janganlah dibebani dengan hutang perkahiwnan yang berpanjangan.
  • Buat senarai barangan yang diperlukan mengikut susunan kepentingan dan bezakan antara kehendak dan keperluan.
  • Berikutan barangan yang disenaraikan, pilih mana yang boleh dipinjam, disewa, dibuat sendiri dan yang perlu dibeli.
  • Bandingkan sama ada menyewa baju pengantin lebih murah atau menjahit mehupun membeli. Berapa pasang sebenarnya yang diperlukan.
  •  Berapa banyak tetamu yang akan dijemput dan pakej jamuan manakah yang paling sesuai? Adakah lebih menjimatkan sekiranya majlis diadakan di rumah, restoran, dewan ataupun hotel?
  • Adakah majlis akan berlangsung bukan pada musim cuti sekolah? Pertimbangan ini penting kerana, sewa dewan selalunya lebih murah pada waktu di luar cuti persekolahan.
  •  Berbelanja dalam lingkungan bajet yang sedia ada dan jangan terlalu harapkan hadiah/mas kahwin untuk langsaikan kos perkahwinan. Usah kira wang yang belum diterima.
  •   Wang yang berlebih-lebih, eloklah disimpan untuk tujuan masa depan rumah tangga.
  • Pastikan bajet anda turut mempunyai lebih kurang 20% lebihan untuk tujuan kecemasan.

Source: Ratu Sehari

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena