“Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa”
Al-Baqarah:
183
“Apabila
tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka
serta syaitan-syaitan dibelenggu”
Hadis
riwayat Bukhari & Muslim
Menanti
Ramadan dengan penuh kegembiraan – menanti ketibaan Ramadan dengan penuh
kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan
ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadan kali ini dengan baik dan diterima oleh
Allah SWT.
Mengulangkaji
ilmu berkaitan dengan puasa – meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab
dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan
sempurna.
Menguatkan
azam – menguatkan keazaman dan kesungguh untuk melaksanakan ibadah puasa
sesempurna mungkin. Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan,
membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala
sifat yang mulia.
Banyak
berdoa – memperbanyakkan dia kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk
melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.
Berazam
menghapuskan adat kebiasaan yang bertengtangan dengan Islam – berazam menghapuskan
adat kebiasaan yang bertengtangan dengan Islam seperti membazir dalam membeli
juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.
Meningkatkan
kesungguhan beramal secara berterusan – bertekad supaya dapat menjaga dan
memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan
Ramadan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.
0 comments:
Post a Comment