LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan
| • | Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu   bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.  | 
| • | Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua   belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.  | 
| • | Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik   tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.) | 
| • | Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi   pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah,   internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan   gambaran awal.  | 
| • | Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian   persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian   yang disediakan sekali dengan pakaiannya)  | 
| • | Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda | 
| • | Mencari rumah baru, sama ada sewa atau   membelinya. | 
| • | Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau   badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk   mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila   klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia) | 
Bagi pengantin lelaki
| • | Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika   berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari   pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.  | 
 
 








 
2 comments:
wah! berguna ni..nk lg byk tips ader dlm mag pengantin..tp x igt isu biler..huhu
hehe...memg berguna...will update from time to time...follow my blog ok..x larat la nak beli mag pengantin every month..pinjam bole
Post a Comment