21 May 2011

Tip penjagaan bibir

Jika ke pejabat atau keluar dari rumah, wanita dinasihatkan memakai gincu bibir yang berpelembap agar memelihara kelembapan bibir.

Selalu menyapukan pelembap pad bibir sebaik-baiknya selepas makan dan pada waktu petang, atau setiap dua jam sekali.

Kalau anda memilih gincu bibir yang warnanya tahan lama, jangan gusar kerana ia biasanya akan mengeringkan bibir. Jadi, sebelum masuk tidur sapukan bam bibir berpelembap, petroleum gel, mahupun vasseline untuk menajga bibir.

Sekiranya anda seorang yang tidak suka memakai gincu bibir yang berwarna, pastikan anda memakai pelembap bibir sebelum keluar rumah.



Warna gincu bibir yang terlalu terang atau pekat (high pigmentation) akan membuatkan bibir anda mudah menajdi lebam.

Gunakan peroleum gel dan sapuan vitamin C untuk menjaga bibir selepas menggunakan gincu yang berwarna pekat.

Elakkan merokok untuk menjaga bibir agar tidak menjadi hitam.

Sekiranya anda tidak keluar rumah, biarkan bibir anda dalam keadaan asli dan lembap.

Gunakan warna asli yang agak glossy, letakkan berlian tiruan pada bahagian tengan kelopak bibir atas dan bawah. Solekan jenis ini sesuai untuk model yang ingin mengayakan produk batu-batu permata dan barangn kemas.


Sumber: UTUSAN MALAYSIA SABTU 21 MEI 2011

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena