21 August 2014

Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum W.B.T.

Aku ingin berkongsikan pengalaman pertama aku bersalinkan anak sulung lelaki yang kini sudah berusia 8bulan. Alhamdulillah.

16 Disember 2014
08:00 Aku dan husband bersiap untuk pergi ke hospital untuk checkup bukaan pintu rahim. Sebab seminggu yang lepas pintu rahim aku sudah 3cm bukaan tetapi aku tidak merasa apa-apa sakit atau tanda untuk bersalin, even doctor sudah berikan green light untuk aku bersalin pada hari tersebut. Tetapi disebabkan aku seperti terkejut dan tidak bersedia jadi aku menolok dan meminta izin doctor untuk tunggu aku berasa sakit sendiri. Makanya aku dibenarkan pulang dan appointmentnya pada hari ini.

Dalam boot kereta sudah siap semua kelengkapan aku dan bayi yang bakal dilahirkan. Kemungkinan aku akan ditahan hari ini. Aku sedikit gementar apabila masuk berjumpa doctor. Pengalama pertama bagi aku dan suami. Ketika ini bukaan pintu rahim sudah 5cm tetapi aku tetap tidak merasa sebarang tanda atau sakit untuk bersalin, aku minta kebenaran doctor untuk pulang dan datang kembali jika sudah sakit.

21:40 Aku berada di butik suamiku menunggu bersiap untuk pulang ke rumah. Ketika ini aku sudah mula rasakan sakit seperti kekejangan yang termat sangat di bahagian perut. Tetapi aku Cuma diamkan diri dan bertenang, aku masih positive thingking mungking ‘false contraction’. Aku terus mandi untuk sejukkan badan sementara menunggu suamiku siap. Selepas mandi sakit mula berkurangan. Aku terjaga ketika sakit diperut datang kembali.

17 Disember 2013
06:25 Aku bangun dari tidur untuk solat subuh tiba-tiba seperti ada ketulan berdarah jatuh ke lantai. Maka aku pun sudah mengetahui inilah tanda untuk aku bersalin. Aku terus panggil suami dan beritahu sudah tiba masanya untuk bersalin. Aku pun beritahu kepada mak dan abah. Air ketuban masih tidak pecah ketika ini dan tiada sebarang rasa sakit.

08:00 Aku dan suami dalam perjalanan ke hospital dan terus ke kaunter dan beritahu yang sudah keluar tanda bersalin. Aku terus di hantar ke labour room untuk buat CTG. Semua masih normal dan aku masih tidak berasa sakit dan air ketuban masih tidak pecah. Aku duduk di dalam labour room bersama suami bersembang-sembang sehingga nurse datang untuk check bukaan yang ketika itu sudah 7-8cm.

10:00 Dalam labour room aku tidak putus-putus membaca doa supaya urusan bersalin aku dipermudahkan. Kebetulan dalam labour room di dinding ada pelbagai doa yang disarankan untuk diamalkan, jadi aku mengambil kesempatan itu untuk amalkan juga. Nurse datang masukkan ubat buang dan arahkan aku terus ke tandas dan kemudian pecahkan air ketuban dengan penyucuk seperti lidi.

11:15 Masih di labour room dengan bunyi dari bilik-bilik lain. Aku mula rasa sakit yang datang setiap 30minit. Tapi sakit yang aku masih boleh tahan. Aku masih boleh bersebang dengan suami dan call mak. Sehinggalah sakit itu semakin kerap sampai rasa nak teran sangat-sangat.

12:35 Aku suruh husband panggil nurse sebab rasa sakit sangat nak teran. Nurse datang dan arahkan aku teran bila rasa sakit datang, sementara tunggu doctor sampai. Syukur tak lama lepas tu doctor pun sampai dan monitor aku. Aku cuba untuk teran sehabis tenaga aku dengan rasa sakit. Alhamdulillah syukur selepas aku teran kali yang keberapa dengan kata-kata semangat dari suami, doctor dan nurse bayiku selamat dilahirkan secara normal pada jam 12:57.

Alhamdullilah proses bersalina ku dipermudahkan. Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Rizq Danial seberat 3kg pada 17 Disember 2013 pada jam 12:57pm.






5 comments:

R.R.Z said...

comelnya!

sonya rosida said...

kalau soal perawatan setelah melahirkan perlu ya sis

Tony Wu said...

toddler girl

toddler boy

Sya Mimie said...

teringat msa bersalin hmpir 3bln yng lpas..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena