21 September 2012

Pilihan Dawai

Source: Google


Saiz 16
Dawai jenis ini memiliki ciri fizikal yang sangat keras dan sukar untuk dibengkok atau dilentur. Sesuai digunakan untuk kraftangan yang berat bagi memastikan kestabilan objek.

Saiz 18 & 20↓
Biasanya digunakan untuk aplikasi gubahan bunga segar. Dawai ini berperanan sebagai penyokong untuk mengekalkan struktur gubahan bunga segar lebih menarik dan kemas. Kaedah yang diguna untuk tujuan tersebut begitu mudah dengan hanya mencucuk dawai di bahagian batang bunga segar dan kemudian barulah digubah pada span basah.

Saiz 22↑
Sesuai digunakan untuk gubahan manik. Dawai jenis ini juga sering digunakan sebagai batang bunga artifisial yang dijadikan sebagai bahan penegak.

Saiz 24 & 26↑
Pilihan serasi untuk diaplikasikan sebagai batang bunga sama ada jenis kertas atau felt. Struktur dawai jenis ini lebih stabil dan mudah untuk dilentur. Ini menjadikan ciri istimewa dawai bersaiz 26 atau bersaiz 24 sebagai pilihan terbaik untuk digandingkan dalam penghasilan kraftangan.

Saiz 28↓
Dawai ini juga tidak banyak bezanya dengan dawai bersaiz 30. Teksturnya sedikit lembut dan sangat nipis. Biasa digunakan untuk kraftangan yang ringan seperti membuat bunga dip.

Saiz 30↓
Dawai dari saiz ini sangat lembut dan didatangkan dengan dua pilihan warna, iaitu putih dan hijau. Biasanya hanya dijadikan sebagai alat pengikat. Ia sangat mudah dilentur dan dibentuk mengikut citarasa yang diingini.


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena