12 September 2012

Monthsary




Hari ini tanggal 12 September 2012, genap perkenalan aku dan tunang selama 4 tahun 8 bulan atau bersamaan  4 tahun × 12 bulan = 48 bulan + 8 bulan = 56 bulan. Peningkan bila tengok saje nak buat uols pening, kesimpulannya 4 tahun 8 bulan bersamaan 56 bulan sudah kami berkenalan dan bersama sehingga ke saat ini. Syukur kerana dipermudahkan dalam segala urusan kami. Kalau nak tahu bila kami berkenalan (couple) kira lah sendiri ya! ^__^

Aku amat bersyukur dengan kesetiaan dalam perhubungan ini yang telah membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada Oktober 2011, bulan depan genap setahun kami berstatus tunang. Alhamdulillah. Dan Insyaallah kami akan di ijab kabul hujung hujung tahun ini. Harap pembaca semua sama-sama mendoakan kesejahteraan hubungan kami untuk melangkah membina masjid.

Aku dan dia saling memerlukan antara satu sama lain, ternyata banyak dugaan yang kami sudah rasai, tapi ini semualah yang membuatkan kami lebih mengenali diri pasangan. Genap dengan usia sekarang, aku lebih matang dalam mengawal emosi dan tingkah laku, dengan harapan ini semua adalah untuk kebahagian kami kelak. ^_~


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena