07 June 2012

Persediaan Pengapit Pengantin


Assalamualaikum

Sekarang saya ingin berkongsi tip-tips untuk bakal pengapit mempelai. Sudah tentu majlis persandingan selalunya ada pengapit. Apa tugas pengapit sebanarnya, pasti anda menjawab untuk mengipas pengantin, tapi jika bersanding di dalam dewan yang ada penghawa dingin adakah masih terasa panas? (^_^)

Pengapit adalah sangat penting kepada pengantin perempuan, kerana walaupun sudah selamat bergelar isteri tetapi pada hari persandingan ada di antaranya masih gugup, gementar dan sebagainya. Kebiasaanya seorang pengapit adalah sahabat baik kepada pengantin, adik beradik atau saudara-mara, terpulang kepada pengantin untuk emmbuat pilihan dengan siapa mereka lebih selesa dan akan berasa tenang.

Secara jujurnya saya tidak suka menjadi pengapit kepada pengantin, saya lebih suka untuk ke hulu dan ke hilir dan bebas untuk berbuat apa sahaja. Tetapi untungnya seorang pengapit, dapat menjamu selera bersama pengantin dengan lauk pengantin yang pasti sedap dan lazat. Untung bukan!

Masih bercerita tentang pengapit, apa yang menjadi dilema kepada pengapit selalunya tentang pakaian dan penampilah gaya mereka, kenapa ini yang ditiik beratkan oleh penganpit, agak-agak apa sebabnya? Sebabnya sudah pasti gambar mereka banyak (~_^) orang kuat pengantin katakan, so wajib setiap gambar yang dirakamkan terutama di kawasan pelamin dan meja beradab gambar mereka pasti ada.



Perkara utama yang perlu ditekankan ketika ingin menjadi pengapit ialah menyediakan baju yang bersesuaian  dengan tema majlis. Ada juga pengantin yang menyediakan baju untuk pengapit. Pastikan warna baju tidak terlalu menonjol lebih daripada pengantin misalnya warna merah terang dan kuning terang. Pastikan juga baju tidak terlalu terdedah bagi pengapit perempuan. Jangan jadikan mata tetamu yang datang lebih tertumpu kepada pengapit berbanding pengantin.


Pastikan solekan tidak terllau tebal mengalahkan pengantin. bersoleklah dengan ringkas tetapi tetap menarik. Jangan sampai orang berkata pengapit lebih cantik daripada pengantin atau orang akan berkata "overnya make up pengapit." Jangan tenggelamkan keserian pengantin. Jangan pula langsung tidak memakai solekan kerana pengapit juga perlu sedikit keserian. Jangan biarkan pucat tanpa solekan seperti orang yang sedang sakit.


menolong pengantin dalam apa-apa hal. nama pun sudah raja sehari, pasti orang lain akan melakukan untuk pengantin. Tolong sendukkan nasi ke dalam pinggan pengantin. Ambilkan lauk pengantin yang jauh daripada jangkauannya. Pengapit pengantin harus sentiasa memegang tusi atau sapu tangan mengikut pengantin, walau ke mana sahaja pengantin pergi. Hal ini adalah disebabkan oleh solekan yang mungkin mencair keraa cuaca yang panas. begitu juga pengantin lelaki yang sentiasa berpeluh kerana pakaian yang berlapis.




Sekian XOXO, jumpa lagi. Terima Kasih kerana sudi baca.





6 comments:

Shafeeqah Feeruz said...

Baju pengapit yang penting tak over dari pengantin..hehehe... feeruzstory.blogspot.com

Asmidar Mat said...

thanks for the info.. boleh buat panduan nieh.. huhu cant wait to be my bestfriend brides maid nnt :)

HazyIsle said...

sometimes..pengapit over dr pengantin..pemilihan pengapit yg fhm ttg perjalanan hari bersajarah tu pnting jgk..hehe..nice info..tq

follow me dear..
www.hazyisle.blogspot.com

BIE said...

nice tips dear.. hehe.. thanks for sharing.. hehe..

oh! exchange blog link dengan fatin ya
www.jalinan-cintaku.blogspot.com

Maria Menado~ said...

follow sini.. nak tahu perkembangan bride to be. ehiks. =)

moi chan said...

thank you kakak.. T____T cousin kita suruh jadi pengapit. kita taknak tapi no choice dah. kita je cousin yang paling besar. betul la macam kakak cakap. nak kena pikir pakai apa semua. T___T now gugup kalah pengantin dah. nak pakai baju apa semua taktau lagi. wedding kurang 3minggu lagi. nak tempah pun tak cari kain lagi. baju pengapit lelaki color apa pun tak tengok lagi. grrr~ nak jadi tetamu biasa2, nak jalan2 nak pakai sukahati.. :D

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena