04 August 2011

Zakat Fitrah

S: Apakah pengertian zakat fitrah dan mengapakah ia diwajibkan ke atas umat Islam?

J: Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan kerana tamat bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Dalam hadis riwayat Ibnu Umar yang bermaksud: “Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Antara syarat-syarat wajib zakat termasuklah
  • Islam dan Merdeka.
  • Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • Wajibnya zakat fitrah iaitu setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.
  • Waktu membayar zakat fitrah iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan. Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Waktu afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang raya Idul Fitri. Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Idul Fitri sehingga tibanya Waktu maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Idul Fitri.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena