01 July 2011

Risiko Kematian Berkait Rapat Dengan Kekurangan Vitamin D

Mereka yang mengalami kekurangan vitamin D di dalam darah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati, menurut kajian terbaru.
Penyelidik yang diketuai oleh Harald Dobnig, MD, dari Medical University of Graz, Austria, menjejaki 3,258 lelaki dan perempuan yang di rujuk untuk menjalani penyiasatan angiogram selama 8 tahun mendapati, 737 daripada mereka meninggal termasuk 463 dari serangan sakit jantung.
Mereka juga mendapati, pesakit yang mengalami tahap Vit D terendah mempunyai risiko yang paling tinggi untuk mati, walaupun kematian yang disebabkan oleh punca yang lain boleh juga berlaku. Namun ia masih tidak dapat menjelaskan samada kekekurangan Vit D boleh meninggi risiko kematian yang disebabkan oleh sakit jantung.

Masalah Global Kekurangan Vitamin D

Dalam satu artikel yang diterbitkan bersama, penyelidik mendapati masalah kekurangan Vit D mungkin adalah masalah global. Mereka membuat spekulasi yang ia mungkin disebabkan oleh pencemaran udara, kekurangan aktiviti luaran, kehidupan moden dengan lebih ramai orang duduk dan bekerja dirumah.
Vitamin D secara semulajadi boleh di proses oleh badan apabila terdedah kepada cahaya matahari, tetapi kita lebih berusia, produksi Vit D akan menjadi lebih berkurangan.
Banyak penyelidikan awal yang menyarankan kekurangan Vit D berkait dengan masalah seperti sakit jantung, darah tinggi dan masalah metabolik. Dalam kajian ini, penyelidik membuat spekulasi yang Vit D mungkin mengandungi keasan anti-radang yang melindungi jantung kita
Mereka juga percaya, ia juga memberi kesan kepada plak yang membentuk pada dinding salur darah. Kesan anti-radang juga menjadi pelindung kepada penyakit lain seperti masalah imun dan kanser.
Tahap yang secukupnya juga penting untuk kesihatan tulang dan kekurangan boleh menyebabkan masalah tulang reput dan patah.
Penyelidik menyarankan tahap Vit D tinggi penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan. Disebabkan dedahan terhadap cahaya matahari juga membawa risikonya yang tersendiri, doktor sebaliknya mengalak pengambilan Vit D melalui makanan yang kaya dengan Vit D dan suplemen.
Dos harian yang disarankan ialah 200IU untuk umur 50 kebawah, 400IU untuk mereka yang berusia 51-70 dan 600IU mereka yang melebihi 70 tahun.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena