Hujung minggu yang lepas, on 23-24 Julai 2011, saya dan pasangan saya mengikuti kursus kahwin di Astana Mukmin, mula-mula saya agak kerisauan jika saya akan mengantuk ketika kursus sedang berlangsung. Tetapi syukur, Alhamdulliah...Allah itu Maha Kaya, berkat dariNya dan keikhlasan kami untuk menimba ilmu rumahtangga saya langsunf tidak mengantuk, malah tidak sedar aka peredaran masa. Untuk pengetahuan bakal-bakal pengantin yang masih belum mengikuti kursus pra perkahwinan, anda adalah wajib untuk mengikuti kursus selama 12jam, ini adalah sebagai salah satu syarat wajib untuk permohonan nikah anda kelak. Selalunya pihak penganjur akan mengadakan selama satu setengah hari, jumlah modul-modul yang diajar akan menjadi 12jam jumlahnya.
Serba sedikit cerita ketika saya sedang menjalani kursus, para penceramah semuanya adalah pakar dalam bidang masing-masing, malah hampir kesemua penceramah sudah berkhidmat lama di JAKIM, jadi mereka memang mempunyai banyak pengalaman-pengalaman yang biasa didengari oleh kita malah tidak ketinggalan pengalaman-pengalaman yang luar biasa yang tidak penah terfikir oleh kita. Banyak informasi-informasi yang sangat berguna saya terima dalam kursus ini, yang bakal membantu saya dan pasangan saya untuk melayari bahtera rumahtangga kelak, bak orang tua-tua kata sebahagia mana pun pasangan itu, ujian pasti akan datang jua. Jadi nasihat saya gunalah sebaik-baik nya masa selama dua hari itu anda tumpukan perhatian anda dan cuba untuk memahami apa yang diajar. Antara modul-modul yang diajar:-
- Pengurusan sumber keluarga, kewangan dan masa & komunikasi suami isteri
- Perkhidmatan runding cara & pembubaran perhahwinan
- Akidah & ibadah
- Pengurusan stress dan konflik & pengurusan kesihatan
- Perkahwinan dan prosedur
- Akhlak & hubungan
Cara tempahan cukup mudah, ada dua cara:
- Walk-in pada hari kursus kahwin
- SMS - nama & tarikh kursus
Senang bukan, atau anda boleh terus hubungi mereka ditalian 019-2235067 (En Azmal) atau 019-2270027 (Pn Eizan) , dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Astana Mukmin, atau facebook Astana Mukmin, atau kunjungi Astana Mukmin di No. 7-1, Jalan Wangsa Delima 12, D,Wangsa, 53300 Kuala Lumpur, kalau tidak tahu di mana, sila lihat peta di bawah. Bayaran hanya dikenakan sebanyak RM80 seorang, yang termasuk sijil dan makanan.
5 comments:
fatin..selamat menuju ke alam perkahwinan.. ;)
Nona jgn ler ckp cm 2...malu I...hihih
wah2....congratz fatin...nnt ajak lar~
nak ajak ke mana jer, saya belum nak kawen lg lah, bru jer g kursus, x semestinya kawen pas 2....
fatin..jgn memalu.. ;p
Post a Comment