Ramai kawan-kawan saya berpesan pada saya supaya banyak bersabar selepas ikatan pertunangan, mungkin dugaan itu akan datang, kecil atau besar dugaan itu bergantung kepada penerimaan kita dan cara kita mengatasi dugaan itu. Tetapi pada pendapat saya, dugaan itu tidak hanya datang selepas bertunang sahaja, malah dalam setiap perhubungan baikpun dalam kehidupan seharian kita, dugaan dan ujian pasti akan melanda seseorang.
Saya pasti andas semua mahukan hari esok lebih baik daripada hari ini, tetapi dugaan yang datang tidak kenal siapa pun, dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk, mungkin dlm bentuk kesenangan, kesengsaraan, kemewahan, dan macam-macam lagi. Ini semua adalah ujian untuk menguji tahap kesabaran manusia. Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman saya berkenaan dugaan saya ketika dalam hubungan bersama seseorang.
Saya mengenali dia sudah tiga tahun, bak kata orang ketika tempoh pengenalan memang kita tidak akan kenal siapa diri dia yang sebenarnya, makin lama kita pasti akan nampak sedikit demi sedikit perubahan baik buruk atau baik dalam diri kita dan pasangan kita. Sebaiknya saya nasihatkan sebelum anda menerima si dia sebagai orang terpenting dalam diri anda selain kedua ibubapa anda. Tetapi saya bersyukur jejaki yang saya pilih walaupun tidak sepenuhnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya, saya bersyukur dengan kurniaan-Nya.
Saya terima diri dia seadanya, malah apa yang saya tidak suka saya pasti akan menegurnya dengan cara baik, walaupun ada satu dua waktu emosi yang tidak terkawal. Syukur perubahan itu ada kelihatan selepas itu. Anda pasti mahukan seseorang yang boleh meminpin anda kelak jika berumahtangga, begitu juga dengan saya. Tipulah jika saya mengatakan tiada pergaduhan atau pergolakan dalam hubungan saya.
Dalam tempoh tiga tahun ini, sudah pelbagai masalah yang timbul, kadang-kadang puncanya hanyalah emosi. Saya mengaku saya seorang yang sangat sensitif, saya jarang dapat kawal emosi saya, walaupun saya begitu tetapi saya cepat sejuk, bukan sejuk dengan hadiah atau pujukan dari dia, tetapi sejuk dengan semulajadi, tetapi satu yang buruk 'I forgive but I don't forget'. Lama kelamaan saya pasti akan melupakan segalanya, buat apa di ingatkan kembali kisah-kisah yang menguris perasaan kita sendiri, diri sendiri yang sakit.
will be continue...
0 comments:
Post a Comment