17 June 2011

Dugaan II

Sambungan kepada post saya berkenaan dugaan dalam perhubungan tempoh hari. Kali ini saya mahu sambung tentang dugaan yang menimpa pada diri saya sendiri, pengalaman saya sendiri. Sebenarnya saya teramat lah malas nak tulis entry ini, tapi tetap ku gagahkan jua jari jemari ini untuk menaip. Ketika ini saya memang tidak berada di dalam mood yang baik, kerana !@#$%^&*. Faham ke tidak, buat-buat faham je lah kan. Esok will be my debaran day, because pihak lelaki akan datang ke rumah untuk merisik but unformal one. Berharap yang semua akan berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang oleh kami. Sejak akhir-akhir ini kami jarang berjumpa, selalu tiap-tiap hari kami hanya berjumpa di alam maya (yahoo messenger) pada waktu bekerja, dan selepas waktu bekerja pula, SMS lah. Itulah rutin kami setiap hari, tapi malam jarang juga berSMS, masing-masing pulang kerja penat dan kadang-kadang sambil berSMS sudah tertido pun. Dugaan makin lama makin datang dan saya cuba untuk menyelesaikannya dengan cara yang matang dan bertenang. Saya pun tidak tahu kenapa saya bersikap selalu marah pada dia, hampir setiap hari saya mesti marah pada dia padahal cuma hal remeh sahaja saya mudah terasa dan ambil hati. Mungkin ini juga sebenarnya dugaan yang adatang pada saya. Kadang-kadang saya tidak adapat elak untuk mengawal perasaan saya sendiri, dengan banyak masalah yang timbul sejak akhir-akhir ini dan banyak pihak yang saya perlu jaga hati mereka. Mana dengan keluarga sendiri, rakan sekerja, pekerja bawahan saya, pelanggan dan macam-macam lagi lah. Saya perlu bersabar dengan ini semua, saya mengambil tindakan dengan berdiam diri supaya saya dapat menenagkan diri saya sendiri, supaya saya dapat berfikir dengan rasional dalam emmbuat keputusan. Malah dengan berkat kesabaran saya ini, syukur kerana ada hikmah disebalik semua ini, renung-renungkan apa hikmah disebalaik setiap kejadian yang menimpa anda, pasti ada hikmahnya. Tidak perlulah saya nak cerita panjang lebar kerana ini hanya lah satu cerita yang sekadar ingin meluahkan perasaan saya. 

2 comments:

Ryrin Natasha said...

Wah..Fatin dah dirisik..Tahniah my fren :)

Anonymous said...

congrats my fren!!!! ;)

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena