26 September 2013

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.
Source : alamhamil.com

Read More

25 September 2013

Teknik Pernafasan di Labour Room dan Petua Ketika Bersalin

Assalamualaikum W.B.T.

Ini pula informasi yang saya baca dari Puan Rdna. Terima kasin Puan Rdna untuk info yang sangat berguna. Ilmu yang sangat bermanfaat dan berguna untuk mummy yang tengah tunggu saat-saat kelahiran. I almost 7 months pregnanct, sudah masuk 3rd trimester, betapa pantas masa berlalu.

Masa mula-mula contraction datang
Tarik nafas dalam-dalam guna hidung..Pastu lepaskan panjang-panjang guna mulut

Bila contraction makin kerap
Bernafas laju-laju guna mulut.Tarik nafas guna mulut,lepas pun guna mulut jugak..fuh fuh fuh fuh..cam gitu

Bila rasa nak teran,tapi belum masa untuk teran (faham ker??)
Biasanya rasa nak teran tu automatik..Bila gesaan nak teran tu ada ofkos kita rasa nak teran.Tapi tak boleh sebab belum 10cm lagi..Huaaaa part ni memang sakit and scary kot..kalau teran jugak time ni confirm nurse akan marah.Selalunya nurse akan inform,"kalau rasa nak teran,panggil"then diorang akan datang check bukaan.Kalau dah complete 10cm boleh la teran.Kalau belum,bersabar je la..

So masa ni kena tarik nafas laju laju guna hidung 2x.Lepas nafas guna mulut sekali.Ulang banyak kali sampai hilang rasa nak teran..kira cam "sniff sniff fuhhh".."sniff sniff fuhhh"..

Dah sampai masa nak teran
Tarik nafas dalam-dalam guna mulut.Sebab udara lebih banyak masuk kalau kita tarik nafas guna mulut compare kalau tarik nafas guna hidung..Dan bila lepas tu push dengan sekali nafas. Kalau nafas dah habis,tarik nafas semula slowly.Sebab kalau tarik nafas kuat, takut tersedut balik baby yang dah nak keluar tu..

Position masa nak meneran ni biasanya nurse akan ajar..Tangan tarik lutut(pegang kat buku lali),badan naikkan dan teran perut..Jangan angkat bontot..Kalau suami ada sama dalam labour room,position suami pulak,sebelah tangan pegang bahu (pangku kepala)isteri untuk jadikan tempat menyandar,sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk elakkan isteri mengangkat bontot semasa meneran..

So ade 4 situasi berbeza semasa labour dan dihadapi dengan 4 cara pernafasan berbeza. Boleh start practice la masing-masing. Tapi bak kata rdna, pengalaman bersalin berbeza-beza.. moga dipermudahkan untuk kita semua. Amin.

Satu lagi yang Rdna share:

PETUA MENGHADAPI SAAT KELAHIRAN

1st time mommy macam aku boleh take noted la.. huhu.. meh meh jom belajar..

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (start dari pintu rahim terbuka 2cm)

Mula bernafas cara 'Early labour breathing".Cam entry sebelum ni ...Yang 1st step
Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca Al-Fatihah dan berdoa "Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..Ampunkanlah segala dosa dan ringankan kesakitan ini"

Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pangkal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa.."Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini..Ampunkan la segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.."

Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia

Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "active stage breathing"..Sniff sniff fuhhhhh

Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu..."la ila hailla anta subhaa naka inni kuntuminalzolimin" dan banyakkan doa "Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini" 

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI (PROSES MENERAN UNTUK KELUARKAN BAYI)


Jangan fokus pada sakit.Ingatkan yang kita tengah berusaha nak keluarkan seorang khalifah Allah ke dunia

Jangan teran cepat sangat,biasanya gesaan akan datang dengan sendiri.Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran

Posisi semasa nak melahirkan...Dalam keadaan berbaring,buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali.Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor/bidan menyambut kelahiran

Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan-Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan tempat menyandar (isteri boleh bersandar dengan suami supaya terasa lebih selesa).Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) -Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut,dan teran sambil angkat badan.(bukan angkat punggung)..mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada..dengan satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat.teran tanpa mengeluarkan suara untuk memastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran,jangan lepaskan kesemuanya,terus tarik nafas semula,sebab dikhuatiri kalau lepaskan kesemuanya,bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat..


Moga dipermudahkan dengan izinNya.. insyaAllah, amin..
Read More

Teknik Bernafas Waktu Pelahiran

Assalamualaikum W.B.T.

Actually this article/information I found from Puan Suraya blog, from her post here. Wish to share with mom-to-be out there.


Source: Majalah Pa&Ma Mac 2012

Teknik Bernafas Waktu Pelahiran


Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, pernafasan akan terganggu. Lalu, menjejaskan kelancaran proses pelahiran. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan ulasan lanjut daripada Dr. Siti Esah Bahari, doktor pakar perbidanan dan sakit puan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.



Pernafasan yang bagus memainkan peranan penting sewaktu anda berada dalam fasa pelahiran. Selain membantu kelangsungan proses bersalin, pernafasan yang lancar dapat mengelakkan otot daripada mengalami ketegangan atau kekejangan. Jika tidak, ia akan menggugat proses meneran apabila ketika tiba saat itu, anda sudahpun keletihan.



Lebih daripada itu, pernafasan yang lancar akan membuatkan anda memberi tumpuan kepada pernafasan dan bukannya terhadap kesakitan yang semakin kerap dialami. Antara lain, anda dapat memaksimumkan bekalan oksigen di mana ia baik untuk diri anda sendiri, bayi dan otot-otot yang berkait langsung dengan proses kelahiran.



Ketahuilah bahawa apabila anda tidak bernafas dengan baik, ia akan mencetuskan suatu keadaan yang dikenali sebagai pernafasan panik. Apabila bernafas terlalu pantas, ia akan menyebabkan hyperventilation. Hal ini berlaku kerana terlalu banyak karbon dioksida dikeluarkan yang akhirnya menjadi punca anda mengalami pening dan kebas di mulut serta jari-jemari. Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menekup mulut menggunakan beg plastik atau tangan sendiri, seterusnya menghidu karbon dioksida perlahan-lahan.



Dr. Siti Esah menegaskan bahawa amat penting untuk setiap wanita hamil mengikuti kelas antenatal terutamanya yang melalui kehamilan pertama. Dalam memilih kelas antenatal, anda digalakkan untuk memastikan kelas yang ditawarkan menyentuh aspek pernafasan. Pada masa yang sama, adalah lebih baik jika anda menghadiri kelas tersebut bersama suami agar dia dapat mengajar teknik pernafasan yang betul ketika anda sedang menghadapi kontraksi kelak selain daripada sokongan moral. 



Kurang oksigen
Kekurangan oksigen sepanjang proses bersalin berlangsung boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri anda malah kepada bayi juga. Banyak komplikasi yang bakal dihadapi kesan daripada tindakan tidak bernafas dengan cara yang betul.



Kesan negatif pada ibu termasuklah otot rahim tidak berfungsi dengan baik. Malah, ia turut mengakibatkan penghasilan oksitosin berkurangan. Untuk makluman, oksitosin sangat penting untuk kontraksi rahim. Jadi, jika anda tidak bernafas dengan lancar, ia boleh merencatkan proses kelahiran. Di pihak bayi pula, disebabkan oleh kurang oksigen, denyutan jantung bayi akan terjejas. Ini dapat dilihat melalui bacaan kardiotograf (CTG) yang tidak normal.



Teknik bernafas
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.



1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.



2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.



3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya panting-panting – hembus.



+++ INFO TAMBAHAN +++

Pernafasan Lamaze

Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.



Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.



Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh. Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
Read More

24 September 2013

Makanan Selamat Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum W.B.T. 

Bagi ibu hamil persoalan tentang makanan harian yang boleh atau tidak diambil sering kali menjadi perhatian mereka. Ia juga selalu menjadi perdebatan di kalangan ibu hamil. Jesteru bagi merungkai lagi jawapan kepada persoalan ini, beberapa perkara yang berkaitan dengan pemakanan ibu hamil akan cuba dirungkai.


Selamatkah ibu hamil mengambil daging segar yang diberikan suntikan antibiotik?

Jawapan:

Jumlah antibiotik daripada daging yang melalui janin amat sedikit jumlahnya. Disarankan ibu hamil agar mengambil daging organik untuk mengelakkannya. Ini kerana, mengambil daging yang disuntik dengan antibiotik dikhuatiri dapat menyumbangkan bakteria yang kalis antibiotik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan merawat haiwan dengan antibiotik boleh menyebabkan perkembangan bakteria yang kalis antibiotik. Namum tiada kajian yang boleh dikaitkan secara spesifik mengenai masalah ini dengan komplikasi wanita hamil.


Selamatkah menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memasak sewaktu hamil?

Jawapan:

Tiada kajian kukuh yang dapat menyokong perkaitan penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan waita hamil. Memanaskan makanan di dalam ketuhar jenis ini tidak mendedahkan ibu hamil dengan apa-apa jenis radiasi.

Apatah lagi, penghasilan ketuhar gelombang mikro ketika ini semakin baik. Jarang sekali hendak dilihat kesan kebocoran radiasi yang berlaku. Ia berbeza bagi ketuhar mikro gelombang yang telah rosak dan telah lama. Ia mungkin mengalami kebocoran radiasi.

Cara memastikan ketuhar gelombang mikro anda masih selamat digunakan atau sebaliknya. Cuba ambil sehelai kertas dan letakkan di tengah pintu dan tutup kembali pintu ketuhar gelombang mikro. Cuba tarik kertas tadi, sekiranya ia mudah ditarik bermakna penebat pintu ketuhar mikro gelombang anda bermasalah. Selagi penebat itu belum diganti, jangan gunakan ketuhar itu.

Sungguhpun penebat pintu ketuhar anda masih elok, elakkan berdiri berdekatan dengannya. Namum, belum ada kajian terperinci yang dijalankan untuk mengaitkan adakah terdedah dengan gelombang mikro memberi kemudaratan kepada janin dalam kandungan.


Selamatkah mengambil coklat yang berlebihan sewaktu hamil?

Jawapan :

Sebenarnya, coklat juga mengandungi kafein. Namum tiada bukti yang dapat menyatakan pengambilan kafein yang sederhana memberi kemudaratan kepada wanita hamil. Terdapat juga bukti yang menyatakan coklat berkesan terhadap neurotransmitter di dalam otak anda yang mana ia memberi persaan selesa.

Namun, istilah banyak itu juga perlu diperjelaskan. Sebenarnya selamat untuk mengambil coklat ketika hamil. Tetapi pasti anda tidak mahu mengambilnya secara berlebihan. Ini kerana, ia boleh membuang kebaikan makanan yang berkhasiat yang lain malah ia membekalkan kalori tambahan dalam tubuh. Keadaan ini membuatkan berat badan anda bertambah. Sebab lain adalah di dalam coklat mengandungi kafein. Secara umumnya, ibu hamil perlu mengambil sekurang-kurangnya bawah 200mg kafein setiap kali.


Selamatkah mengambil makanan pedas sewaktu hamil?

Jawapan :


Selamat sebenarnya mengambil makanan pedas sewaktu hamil. Namum, ia bergantung kepada kehendak anda sendiri. Makanan yang terlalu pedas boleh membuatkan anda berasa tidak selesa terutama di akhir-akhir trimester kehamilan.

Ia boleh mengundang masalah pedih ulu hati di kalangan wanita yang mengalami masalah pedih ulu hati di awal kehamilan mereka. Makanan pedas juga sebenarnya selamat untuk bayi anda. Namum, bagi yang kurang biasa ia boleh menyebabkan anda kurang selesa. Makanan yang pedas ini juga boleh menjadi pemangkin kepada masalah pedih ulu hati yang dialami oleh ibu hamil.



Read More

23 September 2013

Minyak Telon Bayi

Assalamualaikum W.B.T.

Some of minyak telon yang available di pasaran. Mungkin ramai yang sudah mengetahui fungsi dan kegunaan minyak telon kepada bayi seperti mencegah kembung perut, merangsang saraf-saraf dan menjadikan sistem pencernaan lebih lancar dan aktif. Manfaat lain dapat menghilangkan gatal-gatal dan sebagai pelembap kulit juga. 

Mintak Telon Nyonya Meneer


Minyak Telon Bebiku


Minyak Telon Mestika Ratu


Minyak Telon Mestika Bayini


Minyak Telon Leesa Formula


Losyen Jati Embun


Minyak Telon Sendayu TInggi


Minyak Telon Tropical Herbs


Mintak Telon Konicare


Minyak Telon My Baby


Minyak Telon Cap Lang


Read More

21 September 2013

Dilema Membeli Botol Susu

Assalamualaikum W.B.T.

Dilema nak pilih feeding bottle untuk bakal anak. Terlalu banyak brand yang available di pasaran and each feeding bottle ada kelebihan tersendiri. Then although that particular feeding bottle the best feeding bottle in the world sekali pun but if your baby don’t like it, don’t want to feed it so you have no choice. So untuk first feeding bottle dinasihatkan jangan beli banyak-banyak sebab belum tentu anak anda sesuai dengan feeding bottle yang anda pilih.

Kalau ikut pilihan parents especially ibunya, mesti akan pilih yang comel, warna-warni, unik, etc. then mesti pilih yang BPA free, sangat penting OK! So I was googled to review about feeding bottle, there are thousand feeding bottle types and brands. Here I show you some of it:

Momma

Nuby

Philips Avent

The First Years

Tommee Tippee


Wow! Banyak dan menarik bukan. Pemilihan feeding bottle ni sangat penting especially teats part supaya baby boleh such dengan betul and like natural feed so baby tak kan keliru putting bila tukar dari direct feeding kepada bottle feeding.  Sekarang ada banyak teknologi feeding bottle, teats pun boleh pilih either from latex or silicon but latex lagi lembut berbanding silicon. I will story berkenaan teats soon.

Maaf jika ada maklumat yang tidak tepat, saya budak baru belajar. Just sharing some information yang saya dapat dari blog mummy-mummy lain. I still learning some new terms for baby world. So if ada yang nak share maklumat just leave your comment. Sharing is caring!


Read More

07 September 2013

Panduan Menamakan Anak

Assalamualaikum W.B.T.

Now me very excited choosing and gathering name for my baby. Biasalah mommy nowadays mesti mahukan nama yang canggih sampai terbelit lidah nak sebut. But for me the meaning of the name very important too because every day we will call them with the given name, so beware with nama-nama terlarang. Sekarang zaman cyber so banyak sumber yang boleh dirujuk, buku-buku ilmiah juga banyak dipasaran, so mommy jangan kedekut sangat nak beli, even mommy juga boleh tanya pada ustaz or ustazah dengan pemilihan bakal anak either the meaning suitable or not. Because some of the meaning maybe seem look simple but think out of box please! Contohnya maksud ‘pengawal’ mungkin kita akan terfikir bagus sebab di akan mengawal keluarga, negara, etc., but do we think yang bila sudah besar nanti dia akan jadi seorang pengawal seperti di guard house? Bukan nak mengeji orang yang kerja sebagai pengawal, tapi mommy sekalian mesti mahukan masa depan anak yang jauh lebih baik dan bagus dari diri kita.

Then second thing jangan panggil anak denga nama-nama timangan yang langsung tiada maksud atau nama yang panjang di pendekkan. Kasihan pada parents yang bersusah payah berikan nama yang terbaik dengan maksud yang indah-indah untuk anak mereka, lastly panggil yang awalan or hujung. Panggilan nama juga merupakan satu doa untuk mereka.

Adalah menjadi kewajipan bagi parents untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Anak adalah kurniaan Allah yang menjadika penyeri dan pengerat kasih sayang bagi setiap pasangan suami isteri. Anak-anak bukan sahaja membawa kebahagiaan tetapi turut menjadi tanggungjawab dan kadangkala cubaan kepada ibu bapa. Selain memberikan penjagaab dan kasih sayang, adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang bari dilahirkan.

Here I would like to share nama-nama terlarang, nama-nama yang dilarang dalam Islam untuk panduan mommy and daddy. Boleh rujuk di sini.



Read More

23 August 2013

Wedding Review : My Reception Attire

Assalamaualaikum W.B.T.

My wedding dress was custome made by my former engagement dress designer. Me and husband sangat selesa bekerjasama dengan beliau dan kagum dengan hasil tangan beliau dengan hanrga yang still reasonable for us. Actually I ada survey dengan designer lain and pakej-pakej yang ditawarkan oleh segelintir butik yang provide custome made for wedding dress. Diakaui memang ada yang menarik dan murah, but my husband cakap better stick dengan designer yang kata pernah ada experience.








I already show some sample design yang I nak and I want to wear dress. Jangan lupa design yang menutup kekurangan pada badan and menutup aurat yer. Then he sketch 3-4 design for me then I chose one that suitable with me, actually all suitable and lawa-lawa tau.

Pemilihan warna pula, actually we have two color which is pastel yellow or mint. Sekarang trend color pastel, sebab sesuai dengan kulit I and husband juga. So we went to Jakel together with Najib untuk pilih fabric yang sesuai dengan design baju me and husband. Baju husband pun Najib yang buat sebab design baju lelaki senang, no need pening-pening macam perempuan yang banyak sangat choice.





Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan baju reception kami, walaupun sekarangan hanya tayangan di dalam bilik. Dibuka untuk sewa but only for those yang really serious and really can take care of my dress. Crown and tudung also I buka untuk sewa, berminat boleh send email nadhirahfatin@yahoo.com.my.


NAJIB SALMAN
Facebook : Najib Salman


Read More

21 August 2013

Wedding Review : My Reception Makeup

Assalamualaikum W.B.T.

Untuk sanding memang I habiskan about 1 year untuk survey, disebabkan I nak hasil dari dua orang berbeza so untuk reception I hire orang lain, supaya makeup nampak lain dari nikah. So dari ramai-ramai yang I dah survey sekali dengan harga yang agak reasonable, mula-mula teringin nak hire Saidatulnisa, but I rasa semua orang tau price untuk hire Saidatulnisa. Sangatlah mahal for me, tapi I pasti hasil makeup dari Saidatulnisa mesti akan lawa and look natural. So I perlu cari orang lain dengan harga yang lebih murah, so finally I found one.
  

She usually done makeup for Pengantin magazine cover-girl  not all but mostly. So selalu I beli majalah pengantin every month then I mest tengok footnote who is the cover-girl MUA, so I do some research and siap tanya suggestion BFF and my aunt, they all says 'OK', 'cantik', 'nice', 'suka', etc. So apa lagi dari mengelakkan date saya dikebas orang saya dengan tawakalnya terus book, sebelum book mesti tanya availability kan. So you may contact her as follows:

Kak Ina (Kelrina)
Facebook : Kelrina HoF
Phone : 019-2116277






Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena