Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts
Showing posts with label AIDILFITRI. Show all posts

14 August 2012

Ucapan Raya Saya




Sempena Syawal yang bakal menjelma hujung minggu ini, Inshaallah. Dengan kesempatan yang ada saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dari semua muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini secara realiti atau maya. Maklumlah manusia yang lemah seperti kita ini tidak lari dari buat kesilapan, tiada manusia yang sempurna. Jika saya ada menyakiti, menyinggung, menguris, mengecewakan (ada ke perkataan ni) atau apa sahaja yang buruk itu datang dari kesilapan diri saya sendiri dalam percakapan, perbuatan dan tulisan. Marilah bersama-sama kita mengambil kesempatan Syawal ini menjernihkan segala kekeruhan. Silap dan salah saya harap anda semua sudi memaafkan. Kepada yang mengenali saya bolehlah datang beraya ke rumah saya tetapi selepas saya pulang dari kampung. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.


 P/S – pulang ke kampung berhati-hati ya! ^_^

Read More

25 August 2011

Ucapan Hari Raya




Walaupun hari raya bukan lah esok or lusa, tapi tidak salah sekiranya saya ingin wish awal, sebab saat-saat akhir dah tak sempat nak online dah. Sibuk kemas rumah, tukar langsir, jahit manik, kemas semua lah, So salah ke...

Salam Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan khasnya kepada semua umat Islam seluruh dunia. Selain itu nak mohon maag zahir & batin kepada semua yang mengenali walaupun kite tak pernah bersua muka hanya di alam maya, kawan-kawan semasa belajar dahulu di Tadika Seri Ayu, SK Gombak Setia, SMK Taman Melati, UiTM Segamat, UiTM Puncak Perdana. Ini kerana saya lebih banyak menghabiskan masa ketika belajar.

Untuk abah, mak, along, angah, aiman and nawal, nenek, makcik-makcik, pakcin-pakcik saya, maaf zahir & batin ikslas dari saya. Nak senarai semua tak cukup ruang. Sesungguhnya memang banyak dosa yang telah dilakukan oleh anakmu ini yang masih tidak dapat lari daripada kesilapan yang besar atau kecil.

Kepada sanak saudara di Kelantan, maaf kerana raya tahun ini kita tak dapat bersama, especially kepada nenekanda yang comel, kesian tak meriah lah kampung Pasir Mas tahun ini tanpa kami sekeluarga. Untuk sanak saudara di Johor, tunggu kepulangan kami sekeluarga, finally pulang ke johor selepas begitu bertahun-tahun kami tidak pernah pulang ke Johor. Kita beraya bersama tahun ini. 

Untuk insan yang paling istimewa pada aku, Ramzee, syg mohon maaf untuk semua salah yang syg pernah lakukan pada abg, kita gaduh, merajuk, sakit hati and macam-macam lagi kan. So hope lepas ini dengan ikatan yang lebih kukuh yang bakal terjalin kita akan lebih matang dalam melayari perhubungan ini kerana Allah. InsyaAllah syg datang beraya rumah abg tahun ini. Kirim salam aidilfitri syg pada semua keluarga abg.

Kepada mereka yang pernah mengenali saya, jika saya pernah menyakiti hati, mengguris hati, memarahi or whatever yang melukai anda secara sengaja atau tidak, saya mohon maaf untuk semua kesilapan saya terhadap anda semua.
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena