Showing posts with label OUTFIT. Show all posts
Showing posts with label OUTFIT. Show all posts

23 August 2013

Wedding Review : My Reception Attire

Assalamaualaikum W.B.T.

My wedding dress was custome made by my former engagement dress designer. Me and husband sangat selesa bekerjasama dengan beliau dan kagum dengan hasil tangan beliau dengan hanrga yang still reasonable for us. Actually I ada survey dengan designer lain and pakej-pakej yang ditawarkan oleh segelintir butik yang provide custome made for wedding dress. Diakaui memang ada yang menarik dan murah, but my husband cakap better stick dengan designer yang kata pernah ada experience.








I already show some sample design yang I nak and I want to wear dress. Jangan lupa design yang menutup kekurangan pada badan and menutup aurat yer. Then he sketch 3-4 design for me then I chose one that suitable with me, actually all suitable and lawa-lawa tau.

Pemilihan warna pula, actually we have two color which is pastel yellow or mint. Sekarang trend color pastel, sebab sesuai dengan kulit I and husband juga. So we went to Jakel together with Najib untuk pilih fabric yang sesuai dengan design baju me and husband. Baju husband pun Najib yang buat sebab design baju lelaki senang, no need pening-pening macam perempuan yang banyak sangat choice.





Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan baju reception kami, walaupun sekarangan hanya tayangan di dalam bilik. Dibuka untuk sewa but only for those yang really serious and really can take care of my dress. Crown and tudung also I buka untuk sewa, berminat boleh send email nadhirahfatin@yahoo.com.my.


NAJIB SALMAN
Facebook : Najib Salman


Read More

26 March 2013

Wedding Review: Solemnization Attire


My solemnization attire was custom made by ButtonMyButtons by Shahida Shariff. After dapat persetujuan tunang (at that time) terus buat appointment dengan Shahida, if x silap around May/June 2012. Luckily Shahida cakap slot untuk December boleh lagi, sebab at least 5 month before majlis. Mungkin ini rezeki dapat pakai hasil tangan Shahida sendiri.

At first I selalu tengok-tengok BMB design baju kurung yang ada bow, memang unik. Then selepas keluar baju custome nikah Natasha Houtson yang Shahida buat so baru I tau yang Shahida ada terima tempahan untuk baju wedding. So terus I state that I want to hire her.

1st appointment kami bincang design baju, macam I fabric memang dah ada so I just bawak fabric tunjuk kat Shahida. I memang just nak baju kurung moden je. So I inform Shahida I nak baju yang macam ini macam ini, then Shahida akan sketch with some suggestion and add-on design sampai saya setuju dengan design tu.

After agreed semua, 35% deposit was payed on 1st appointment. So settle dengan payment dan design, Shahida cakap just wait her call untuk 1st fitting. Shahida sangat friendly and really low profile tau, I and husband rasa selesa sangat-sangat communicate dengan Shahida.

I have done 3 fitting session, time 1st fitting husband I cakap dari riak muka I pun dia dah tau yang I really like dengan baju tu, mestilah lawa sangat, then teruja tengok baju nikah yang dari kain yang agak kurang berkenan dengan design lace bila turn jadi attire nampak lawa. My attire come with veil too. So enjoy the pictures.













Read More

12 November 2012

Teaser Nikah Outfit

Teaser my solemnization outfit fully beaded with matching veil. 
Excited to wear it on this coming December.







Read More

14 October 2012

Progress - Fitting Nikah & Reception Attire



Morning all, sihat hari ni, dah sarapan, apa plan today?Just nak sharing progress my preparation, sudi lah baca ok, kalau ad pertanyaan boleh tinggalkan comment di bawah.

Yesterday 1st fitting untuk baju nikah yang saya hantar tempah with B designer bulan Mei lalu, agak lama about 5 bulan lepas. Actually kain baju nikah we purchased during beli kain untuk buat baju tunang dulu, ada offer la konon so beli je lah kan. Of course la kt Jakel mana lagi, ingat kain ingat Jakel. Sambung cerita fitting, appointment with B designer 11am, di Subang Jaya SS15 hint dah tu semalam kan hujan so traffic agak sesak di Subang but we manage to arrived B designer shop tepat2  jam 11am, syukur.


Dah nama 1st fitting so memang ada la nak repair here and there but overall very suprising with the design. 1st time tengok baju terus like ‘WOW’ (O_O) terbeliak mata tengok sebab tiba2 nampak sangat2 lawa ok terpuji sendiri plak. Sebab kain lace yang dibeli bukan lah pilihan saya actually and not 100% berkenan with the design on top of lace. Tapi seriusly after jadi baju, nampak lawa and sesuai with my body yg kurus cicak ni kan.

Model sambilan, kalau berminat nak hire bole call ye


 Sambung after settle with 1st fitting we continue go to Shah Alam untuk beli kain reception at Jakel lagi. Untuk baju reception dengan N designer plak, I guess sume bole tau kot sape after tegok picture bawah ni. Saya puas hati dengan service and design from n designer ni, that why continue with him.

Kenal N designer?

Gambar bawah adalah sketch design baju saya, just teaser x bole nak tunjuk sume kan, simple design jer x mau sarat2 nant x boleh jalan. Hehe ~.~. 2 jam gak lah pemilihan kain ni sebab rambang mata nak pilih warna and lace semua cantik2, then tau2 je lah marketing Jakel kan memg boleh buat orang cair, siapa berhajat nak pergi Jakel make sure kene betul-betul kuat hati sebab marketing orang business tau2 je lah ayat semua power!

Teaser reception dress
Then cari kain untuk pengapit, kain untuk baju melayu nikah fiance, kain untuk tudung. Then finish at Jakel. Penat then jalan around KL jem teruk sebab banyak jalan tutup sebab ada larian apa tah...huhu menguji kesabaran. Tapi lega hati preparation all complete, need to double check the checklist. So sampai sini je, jumpa lagi, harap sudi baca lagi. 

Read More

07 October 2012

Saya Suka Dress! 1st Giveaway

ASSALAMUALAIKUM


Sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut



Hadiah yg bakal Korang Dapat!

1. A long Dress + Shawl + Accesories + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!
2. A Dress + Shawl + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!

3. A Dress + Accesories + voucher discount utk shopping di Saya Suka Dress!

tempoh penyertaan : 30 September 2012 - 21 Oktober 2012


Kawan-kawan: CIk Bie, Scha, Nn



Read More

07 May 2012

Friends Wedding

Assalamaualaikum 

Last Saturday 5 May 2012 saya menerima dua jemputan perkahwinan, one at Perak my previous collage mate and one at Gombak my x-school mate. Tapi sayang kedua-dua wedding saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesibukan yang melanda. Anyway wish to them

Tahniah! Selamat Pengantin Baru 
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat


Nisa & Adnin


Azlan & Nana

Syazwati & Pasangan



Next story yesterday Ahad bersamaan 6 May 2012, apa lagi kan kalau bukan pergi survey2. This time kami pergi selesaikan about baju for solemnization and reception too. But not 100% settle pun kan, just teaser jer kot. Lagi pun majlis kami lambat lagi, but preparation awal sangat bagus dan mujarab x de la kelam kabut last2 minute nanti. Nant 2-3 weeks before majlis bole habiskan masa di spa je kan x payah nak mikir2 hal yang x settle lagi. Konon!!!

Of course you all nak tau kan this time kami hire sape untuk baju nikah dan sanding, x suprise la inform awal2, tapi bukan la hire Rizalman ke, Syaiful Baharim ke, Syomir Izwa ke, Hatta ke, kan kan kan, No no no budget x de sampai ke situ pun, budget middle2 je. I will review once my majlis lah. So almost settle one more thing kan. See you soon. I have a lot to share with you all dear, but no time lah. Tunggu je lah k, harap sudi baca lagi.

Read More

30 April 2012

Senarai Semak Fesyen dan Gaya Tudung untuk Perkahwinan

Sekiranya anda seorang yang bertudung, anda pastinya tercari-cari gaya tudung yang terbaik untuk digayakan menjelang hari bahagia anda nanti. Gaya pengantin Muslimah tidak akan menghalang anda daripada kelihatan cantik menawan tatkala mengenakan tudung asalkan anda bijak memilih yang terbaik. Namun bukanlah mudah untuk mendapatkan yang terbaik. Yang penting, anda sanggup berusaha memenuhkan ilmu di dada untuk mendapatkan gaya yang terbaik.










TRENDY

Hari ini, jika anda perasan terlalu banyak fesyen dan gaya tudung yang semakin hangat digayakan oleh para gadis di luar sana. Sama ada material tudung yang digunakan daripada jenis lycra, bawal, turban dan sebagainya. Sebaik-baiknya, gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk mencuba dan mempraktikkannya di majlis bersejarah anda nanti. Yang penting, pastikan anda kelihatan trendy agar tidak kelihatan lapuk dan ketinggalan zaman! Yang penting , jaga aurat anda.

CARI RUJUKAN

Sekiranya anda seorang yang benar-benar mementingkan gaya dan mahu kelihatan cantik menjelang hari bahagia nanti, pastikan anda mencari konsep dan gaya tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan. Hari ini, gadis bertudung juga semakin bijak untuk tampil cantik bergaya menjelang hari bahagia. Seboleh-bolehnya, cari rujukan dalam majalah pengantin atau yang paling mudah “google’ sahaja!

CUBA SENDIRI GUNA KREATIVITI ANDA

Sebaik-baiknya anda mencuba sendiri dan membuat demonstrasi gaya pemakaian tudung pada diri anda mahupun sahabat baik anda. Cuba lakukan dengan kreatif dan ambil gambar untuk setiap langkah yang anda lakukan, Sekiranya ia kelihatan cantik, tidak salah rasanya anda mencuba untuk majlis bahagia anda nanti. Yang penting, anda kekal cantik menawan.

SOPAN & MENUTUP AURAT

Walaupun anda bakal pengantin seorang yang bertudung, anda tidak seharusnya menjadikan ia sebagai alas an dan batasan untuk bergaya pada hari bersejarah nanti. Pastikan fesyen dan gaya tudung yang dipilih kelihatan sopan dan menutup aurat. Oleh itu, kebijaksanaan anda menggayakan dan memilih fesyen bertudung yang sesuai pastinya menjamin anda tampil anggun bak bidadari.

BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK

Sekiranya anda mempunyai idea pemakaian tudung yang terbaik dan sesuai untuk anda gayakan nanti, jangan takut untuk menyuarakan hasrat anda itu. Pastikan jurusolek ataupun mak andam yang anda pilih benar-benar memahami kehendak anda itu. Anda juga boleh berganbung idea untuk menghasilkan gaya tudung yang cantik dan sesuai untuk wajah anda nanti.

CARI PEREKA FESYEN BERTUDUNG TERBAIK

Anda pasti ingin kelihatan cantik bukan. Sebaik-baiknya, carilah pereka fesyen bertudung yang benar-benar berpengalaman dan mampu memberikan sentuhan istimewa buat diri anda nanti. Yang penting, bajet yang diperuntukkan adalah mencukupi. Anda tidak perlu menggunakan khidmat pereka fesyen yang terlalu berpengaruh kerana kemungkinan besar bajet anda pula melebihi apa-apa yang dirancangkan. Cukuplah sekadar seorang yang benar-benar berpengalaman dan juga kreatif dalam menata rias gaya anda untuk hari bahagia nanti.

PENDAPAT KELUARGA DAN SAHABAT

Sekiranya anda mempunyai idea yang kreatif untuk menggayakan gaya tudung anda nanti, sebaik-baiknya anda bertanyakan kepada insan yang terdekat dengan anda sama ada keluarga mahupun sahabat handai. Mereka pastinya tidak akan lokek memberikan idea dan cadangan yang terbaik demi melihat anda tampil cantik menawan menjelang hari bahagia nanti. Sekiranya gaya yang anda pilih disukai mereka dan anda sendiri, pastikan gaya itulah yang wajar menjadi pilihan anda untuk bergaya sebagai seorang pengantin yang cantik menawan serta menjaga auratnya.

Read More

22 January 2012

Hijab: KK Collection

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اارَّØ­ِيم


Khairosmizana
0173762331 / 0172007453 / 0104347089
khairosmizana @yahoo.com



Macam mana menarik bukan, semua koleksi cantik-cantik dan menyerlahkan si pemakai. How talented person and pandai mengambil peluang dengan kemahiran dan minat yang ada untuk memulakan business. I'm inspired with her, hopefully one day I also can be like them too (business women). Pray for me...Insyallah

KK Collection ni boleh costume made tudung yang anda idamkan selain itu ad consultant untuk pemilihan gaya tudung yang sesuai untuk anda. Berbaloi bukan, so apa tunggu lagi mari-mari singgah ke KK Collection. If x silap her business based at home only, so need to set appointment first OK. Lupa nak inform she also ada buat beading pada baju, sila lihat gambar-gambar di bawah.



  

CANTIK !!!

MENARIK !!!

TERTARIK !!!
Read More

10 January 2012

Spanx - Get your elegant body slim

SPANX GRAND SALE !!! SALE !!! SALE !!!

Spanx boleh membantu bride to be untuk shaping their body untuk look smooth body shape when they are wearing their nikah or reception dress. Many bride agreed spanx membantu mereka untuk kelihatan menarik pada hari perkahwinan mereka. Spanx ada pelbagai bentuk which can cover whole body, half or certain part, like

  • Full body shape
  • Long leg shaper
  • Butt & thighs shaper
  • Tummy & waist shaper
  • Camisole & high waist shaper


Tapi bukan saya yang menjual spanx ni, you can go to this blog for more information. They are having grand sale of spanx, so apa tunggu lagi mari membeli belah di sana.



Read More

09 November 2011

Engagement Outfit 2


From previous entry saya janji nak inform who is my engagement dress designer, so before I mention who is he, here take a look some picture of my engagement outfit. My outfit theme color actually peach color, but because of my fabric is tone chiffon, it look like orange color. Both out outfit dijahit oleh designer ni except sampin lelaki from my father collection and my hijab. The veil also made by this designer, so the beads match with the dress beads also. My dress fabric from satin silk for lining and chiffon shaded and patch with border lace beaded, my fiance baju melayu fabric from italian velentino more light compared to normal satin.


Here we go, the designer is jeng...jeng...jeng...start with N, but he's full name start with M....cer teka sape Mr N yang dimaksudkan...sape Najmi...salah...Naim...salah...ada 5abjad...Nizam bukan jugak...salah semua, x dapat markah. Nama glamour dia NAJIB SALMAN, kenal!!! He is very talented designer tau, my dream dress come true. Very nice to talk and work with him, but he's really busy person. Busy2 saya sampai 3kali fitting dengan Najib tau. Lastly baju yang di idamkan is mine already, so who wish to rent yang figure frame macam saya no hal. Dibka untuk sewaan, details can look here. So here I am on my engagement day 29.10.2011. Alhamdulillah.






Wait for full review list for engagement day soon !!!






Read More

Engagement Hijab

Next review about my hijab wearing on my engagement day. So here the details from where I get it. Ramai yang tanya tentang tudung yang saya pakai semasa majlis pertunangan saya, untuk pengetahuan all yang bertanya, tudung ini saya tempah dari Awin, if you all perasan gaya tudung saya ni sama macam gaya Aida Gadis Melayu pakai time majlis tunang beliau jugak. Tengok gambar di bawah ni, sama kan! Secara gigihnya saya mencari dari mana datangnya tudung ini. So finally saya jumpalah siapa, Awin lah orangnya.



Kualiti tudung ini memang 5 star, then cara pemakian juga agak senang lagi senang if orang pakaikan, actually tudung ini ada 3 jenis anda boleh tempah:-
1. No layer (like aida wear)*
2. Two layer effect (like I wear)*
3. Four layer effect*
harga depends pada jenis

So untuk tempahan bole send email and discuss details dgn Awin, kerjasama begitu baik dengan Awin dan mesra dengan customer if nak senang amik package makeup terus dengan Awin. Mari kita cuci mata dengan hasil dari tudung ni, selamat menjamu mata....

Lace atas tudung di bahagian kepala

View dari sisi, veil belakang not include, it's seperate veil lol

View dari depan, effect two layer, cantik kan!



MAKEUP ARTIST : Seindahwajah
BOUTIQUE: Najjah
CONTACT NO: 013-7702739



*
*
*

^-^ have a pleasure reading 


Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena