Showing posts with label KAD KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label KAD KAHWIN. Show all posts

24 October 2012

Progress - Edaran Kad Jemputan




Sihat semua, macam mana persiapan…OK? Now saya sibuk dengan senarai jemputan untuk edaran kad jemputan. Just nak tanya opinion semua how do you all select you guest especially yang bakal terima kad jemutan. Di kalangan kawan how do you select, yang betul-betul rapat ke, housemate ke, roomate ke. Ada invite through FB?

How about kawan-kawan yang biasa-biasa suam-suam kuku especially classmate yang just jumpa dalam kelas and say hi-bye only, do you invite them too? How do you divide your kad jemputan. If ada formula can share with me ok. 


Read More

19 October 2012

My Kad Jemputan




Mari-mari saya nak share with you all. Ini review pertama untuk majlsi perkahwinan saya iaitu about kad jemputan. Alhamdulillah syukur sangat sebab kad jemputan dah siap and sedia untuk diedarkan. Memandangkan kad jemputan adalah item pertama yang siap dan saya terima, maka saya ingin berkongsi vendor kad jemputan saya buat tatapan pembaca semua.


Kad ini diberi nama Wardahku, dan ini merupakan pilihan tunang saya sendiri. Hajat si tunang untuk mendapatkan kad jemputan 'hardcover' tercapai dengan harga yang berpatutan sekali dari Kadkahwinku.com. Untuk harga saya tidak akan mention di sini, untuk koleksi kad dan harga sila berurusan dengan team Kadkahwinku.com sendiri.

1st step isi form online untuk dapatkan quotation or boleh drop ke gallery mereka lebih puas hati untuk review koleksi kad. Kemudian akan received email quotation dari mereka, jika berminat dengan harga ditawarkan boleh proceed dengan 1st payment. Next step mereka akan hantar 1st draft kad, so here anda kene make sure all information correct especially spelling. Untuk peta pun penting must review elok-elok supaya orang senang nak datang kenduri anda.

After finalized 'I confirmed with the artwork and proceed to printing' then anda tunggu kad siap but need to make 2nd payment or can pay full amount of balance terus. Atau half bayar di kaunter time anda ambil kad.




Apa yang saya ingin kongsikan untuk kad jemputan better anda tempah dengan cepat supaya cepat juga siap, lagi-lagi jika dalam kuantiti yang banyak. Makesure harga berbaloi dengan output yang anda dapat, jangan harga murah tetapi material yang digunakan memang nampak murah. Tapi ini terpulang pada fikiran masing-masing.

Di bawah saya sudah sediakan link untuk ke Facebook dan website mereka. Untuk peta lokasi sila rujuk gambar di bawah.

Alamat
Lot 1-123, 1st Floor, Kompleks Hentian Kajang,
Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

03-8734 2780 / 03-8739 7178




 Klik untuk zoom

Siapa nak attend my wedding...angkat tangan !!!


Read More

12 July 2012

Kad Undangan 1st Draft

Assalamualaikum

Macam mana header baru blog saya, cantik x? Saya x kreatif sangat, but as long I like it because this is my blog (>.<). Picture was taken last weekend during ‘Save the Date’ shooting with *&^%$#@!. Sorry x boleh inform who our vendor yet. After saya receive video and publish that video and if anyone interested nak tahu so I will share with you all later. But I am sure ramai yang sudah mengenali videographer ini.

Next story, today 12 July 2012 monthlysary for couple 54th months bersamaan 4 tahun 6 bulan. Lama x, ke biasa-biasa. Kami berharap hubungan kami akan berkekalan dengan penuh kerahmatan dan keberkatan dari-Nya.

Tujuan entry ini sambungan kepada post ini, it’s regarding kad undangan kami, yesterday saya terima email untuk 1st draft


So dah faham arahan yang dikeluarkan, action in progress (“,). In the moment saya perlu tanya pendapat orang sekeliling berkenaan layout kad, susunan ayat, ejaan nama, no telefon, etc. one more yang paling penting peta mestilah senang untuk orang faham supaya x sesat untuk sampai ke destinasi.

Ada some mistake dalam peta ini sebenarnya, to all my readers yang stay area Dato’/Datuk Keramat you all can help me to justify this map. Jasa baik anda amat saya perlukan dan hargai. Sebab saya x familiar dengan area Keramat apa yang ada kiri kanan kawasan tu. So sape yang baik nak bantu saya boleh tinggalkan komen anda.

Sekian, terima kasih.

 

Read More

02 July 2012

Next progress in action




ALHAMDULILLAH

Kini Julai sudah mari maka masa semakin suntuk, bulan Ramadhan pun tidak lama lagi. Entry kali ini untuk update maklumat terkini persiapan perkahwinan saya je. So siapa sudi baca sila teruskan kepada sesiapa ‘anonymous’ yang x suka bole klik simbol ‘X’ di sebelah kanan atas ye.

Semalam satu perkara sudah selesai, syukur semua berjalan dengan lancar. Saya serahkan pemilihan ini kepada tunang saya untuk mengikut citarasa dia, apa pemilihan yang kami buat, adakah baju kah, adakah doorgift kah adakah pelamin kah, adakah hantaran kah… hihi saje buat tertanya-tanya ^_^

Kami sudah menempah kad jemputan perkahwinan kami (+.+) gembira sangat sebab selesai sudah pemilihan kad. Dari pameran perkahwinan semua sudah kami tinjau, berkunjung ke kedai, online searching pun. Sampai memg rambang mata nak pilih, x tahu mana yang betul-betul berkanan di hati.

Sehingga saya terjumpa dengan satu promosi yang dibuat oleh vendor kad kahwin ni, kemudian apa lagi saya share the info dengan tunang. He really interested with the promotion, tunang cakap murah dan berbaloi. Jadi saya ikutkan sahaja memandangkan duit yang akan dikeluarkan dari dia. Hehe >.<

Semalam bersamaan 1 Julai 2012, hari Ahad, kami berkunjung ke kedai itu, kebetulan kedai berdekatan dengan area rumah saya, selama 1 jam juga kami menghabiskan masa di kedia itu untuk membuat pemilihan. Invoice pun sudah dikeluarkan dan deposit sudah dibayar, jadi tunggu untuk 1sr draft of our wedding invitation card.

Bersambung nanti, kad sudah siap baru saya akan inform siapa vendor yang kami sudah pilih, saya nak pastikan qualiti kad dahulu samada vendor ini boleh ‘highly recommended’ atau sebaliknya. Sorry no photo was taken during this time, lupa sebab syok sangat tengok kad. Tunggu ya. Jumpa lagi. Sekian.
Read More

30 June 2012

Jemputan Tetamu Majlis


Impian setiap wanita pastinya ingin tampak menawan dan anggun di majlis perkahwinan yang cantik dan lancer perjalanannya bersama pasangan tercinta. Tetamu jemputan adalah penting bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin di samping memberitahu mereka mengenai ikatan yang sah pasangan pengantin.

Adakalanya tetamu yang dijemput terlalu ramai sehingga melepasi bajet yang diperuntukan. Untuk penjimatan kos, anda boleh cuba tip yang diberikan ini.

Membahagikan Jemputan tetamu
Anda dan pasangan perlu meneliti jemputan tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinan. Jemputan ini sangat penting dalam penilaian bajet yang bakal anda keluarkan untuk majlis yang gilang gemilang itu.

Perkara ini pasti sinonim dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan:
+ Anda mahu menjemput kesemua ahli keluarga dan sudara mara
+ Anda mehu menjemput kesemua rakan terdekat
+ Anda mahu menjemput semua jiran tetangga
+ Anda mahu juga menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang meraikan majlis anda.

Di sini, perkara terpenting perlu difikirkan adalah ‘Cukupkah bajet anda dengan jumlah jemputan yang ramai itu?’ Sekiranya bajet anda rendah, fikirkan langkah terbaik untuk jemputan tetamu agar tiada siapa akan rasa tersinggung dan berkecil hati sekiranya anda tidak menjemput mereka.



Berikut adalah tip menjemput tetamu:
 Pembahagian kategori – bahagian jemputan kepada tiga bahagian iaitu ‘keluarga anda, keluarga pasangan, teman anda dan pasangan.’

Tip – jemputlah keluarga yang terdekat dengan anda sahaja sekiranya bajet rendah. Anda perlu berfikiran positif di mana keluarga yang jauh tidak rapat akan memahami situasi anda. Pasti mereka akan mengirim pesanan ringkas, ‘Tahniah’  dan mendoakan kebahagian anda dan pasangan.

Teman yang rapat sahaja – jemputlah teman rapat anda dan pasangan sahaja. Sekiranya anda tidak menjemput teman yang sudah lama tidak berhbungan, ianya tidak menjadi isu dan dia tidak aka kecil hati.

Tip – teman yang rapat sudah tentu akan dating ke majlismu dan memeriahkan majlis bersama. Mereka akan membantu untuk menjadi pengapit atau berbual bersama setelah majlis tamat. Ini akan menjadikan harimu lebih bermakna dan ceria bersama mereka dan pasangan tersayang.

Rakan sekerja – tidak perlu menjemput pekerja tempat anda bekerja melainkan mereka benar-benar rapat dengan anda.

Tip – tiada persoalan atau pertanyaan yang akan dikeluarkan sekiranya anda tidaak menjemput mereka. Kebiasaannya hanya kata-kata ucapan tahniah diberikan kepada anda. Mereka tidaklah terlalu beria untuk pergi ke majlismu melainkan anda benar-benar rapat dengan mereka.
Read More

12 May 2012

Kad Kahwin


Assalamualaikum

Apa khabar semua, hope semua sihat. This time I would like to continue about my wedding progress. Actually not a progress, its opinion and suggestion time. I need an opinion, suggestion even experience from bride. Expectantly can help me. Sekarang saya sedang mencari vendor kad kahwin yang boleh meneati citarasa saya dan dia. Of course mau yang murah dan cantik, but I like more simple but seem elegant. List di bawah are some vendor yang saya dapat brochures mereka time MEFA (Malaysia Wedding Festival) last month and from online survey.


www.kadkahwinmu.com.my
www.kadlestari.com
www.kadlawo.com
www.orange2u.com.my
www.sfcreativecards.com
http://firmakreatif.blogspot.com
www.myonekadkahwin.com
http://kadkahwin-pino.blogspot.com
http://www.thekadkahwin.com/
http://www.aspirasikadkahwin.com.my
www.kadkahwinku.com
http://www.kadkahwin.com.my/
http://www.kad-kadkahwin.com/
http://cahayakad.tumblr.com/
http://www.truelovebangi.com
http://www.hausofcard.com/
http://www.ilikecard.blogspot.com



Actually ada banyak lagi, but I can not remember anymore nama vendor itu. So anyone yang ada experience either good or bad experience can share here. Then tunggu my next entry, see you.

Regards,
Fatin Nadhirah



Read More

08 May 2012

Tip Kad Undangan


"Layangkan undangan keraian hari bahagia, penyatuan cinta dua jiwa, doa dan restu semua harap dipinta, tautan kasih saling tidak dimamah usia."

  1. Pilihlah kad jemputan mengikut warna tema majlis perkahwinan. Tapi,bukanlah kemestian kan sebab kebiasaannya dua jemputan di dalam satu kad, tidak adillah kepada pasangan untuk menegenakan warna tema sama, mesti nak tema berlainan. Jadi, pilihlah warna yang lebih universal atau mengikut persetujuan sepakat.
  2. Sesuaikan pemilihan kad dengan corak-corak yang agak ringkas tapi tetap menarik dan tidak sebarut atau terlampau sarat untuk mata memandang. Sebab mesej utama hendak disampaikan senang dilihat dan mudah dibaca.
  3. Jangan lupa untuk menyelitkan informasi yang tepat seperti masa, tarikh, lokasi majlis serta wakil-wakil keluarga yang boleh dihubungi.
  4. Sepakatlah memilih kad mengikut kesesuaian bajet dan jangan terlalu mengikut perasaan. Dapatlah jimat kos malah bajet tidak tersasar kan.
  5. Segerakan membuat tempahan kad jemputan setelah tarikh majlis persandingan atau resepsi dah ditetapkan. Dapat mengelakkan persiapan last minute, di mana tempahan boleh ditolak. Jadi elakkan.
  6. Jangan lupa untuk membuat senarai nama jemputan supaya tiada sanak saudara atau rakan yang ketinggalan dari undangan anda. Penting sangat-sangat.
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena