Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts
Showing posts with label RAMADHAN. Show all posts

09 July 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T.

Seperti yang telah diumumkan malam tadi oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Daniel Syed Ahmad umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. So today last breakfast and lunch, esok jangan buat-buat lupa yer.

Happy sangat In Shaa Allah dapat berpuasa penuh Ramadhan kali ini. Harap tiada masalah untuk berpuasa, bukan senang nak dapat peluang berpuasa penuh ni. Hope sangat baby dalam perut juga turut belajar berpuasa. Hihi…didikan dari awal.

Ramadhan kali ni bebeza sikit sebab I as a wife, I need to prepare sahur for my husband, alang-alang untuk my family too. So tengah gain some ideas for sahur menu. Any idea to share?


Anyway selamat menunakan ibadah puasa dan solat terawih kepada semua umat Islam. Bayangkan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Jom refresh niat puasa, niat berbuka confirm semua laju je kan.


Read More

30 July 2012

Ramadan Kehadiranmu Dinantikan


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa”
Al-Baqarah: 183

“Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu”
Hadis riwayat Bukhari & Muslim


Menanti Ramadan dengan penuh kegembiraan – menanti ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.

Mengulangkaji ilmu berkaitan dengan puasa – meneliti semula rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah-hikmah ibadah puasa supaya ibadah ini dapat dilakukan dengan sempurna.

Menguatkan azam – menguatkan keazaman dan kesungguh untuk melaksanakan ibadah puasa sesempurna mungkin. Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari segala noda dan dosa serta menghiasi diri dengan segala sifat yang mulia.

Banyak berdoa – memperbanyakkan dia kepada Allah SWT agar dikurniakan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang penuh ikhlas, jujur dan tawadhu’.

Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertengtangan dengan Islam – berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertengtangan dengan Islam seperti membazir dalam membeli juadah berbuka, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dan sebagainya.

Meningkatkan kesungguhan beramal secara berterusan – bertekad supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah kita semai dan suburkan pada bulan Ramadan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.
Read More

27 July 2012

Kelebihan dan Keistimewaan Ramadhan



  1. Bulan agung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis amal ibadah (puasa, terawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarrus dan sebagainya). 
  2. Bulan kemapunan rahmat, keberkatan dan janji pelepasan dari api negara.
  3. Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dan sebagainya serta dapat meningkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dan sebagainya.
  4. Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.
  5. Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.
  6. Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup.
  7. Bulan syaitan diikat dan dibelenggu.
  8. Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu dan amalan gardhu pahalanya digandakan sehingga 700 kali ganda.

Read More

25 July 2012

Solat Sunat Dhuha


Solat Dhuha mendatangkan rezeki & menolak kemiskinan

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"



Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Read More

Ke mana roh di bulan Ramadhan


Pernah beberapa orang bertanyakan hal ini kepada saya, walaupun saya bukanlah ustazah tapi sekadar ingin berkongsi maklumat yang saya terima melalui email. Selamat membaca.

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI...
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk  kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang  adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk  melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.


Read More

17 July 2012

Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Inshallah… 4 hari lagi kita bakal menjalani ibadah puasa, alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi, kita masih dikurniakan umur yang panjang dan berpeluang untuk menghapuskan dosa-dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar. Kita juga perlu bersyukur kerana masih berpeluang untuk mengutip segala keberkatan pahala di bulan Ramadhan yang sememangnya lain dari bulan-bulan yang lain. Adakah anda lebih memikirkan keberkatan Ramadhan atau persiapan raya?

Di facebook sudah dihujani dengan penjualan baju raya, kuih raya, tudung raya, dan bermacam-macam lagi. Malah di pusat bandar membeli-belah yang sangat terkenal Jalan TAR juga sudah dibanjiri dengan orang ramai yang datang dari setiap pelusuk negeri. Promosi juga bermacam-macam dikeluarkan, jadi ramai yang tidak melepaskan peluang jualan hebat!

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa dan bertarawih, Inshallah pada Khamis ini kita akan tengok anak bulan seperti kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh  Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Salam Ramadhan 1433H.

Sekian, jumpa lagi.
Read More

22 August 2011

Review - Satay Hut

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik tinggal seminggu je lagi nak raya, betul tak. Sekejap je masa berlalu kan. Time cmni ramai la yang sibuk buat persiapan untuk raya, tempat yag confirm macam pesta orang sure kt shopping complex SOGO and Jalan TAR, tepat yang agak terkenal kesesakan dan kepelbagaian barang untuk persiapan raya. So anda semua dan pergi ke, or buat persiapan awal-awal lagi, bagus bagus. Tapi jangan la sibuk sakan dengan persiapan raya, now dah 10 malam terkahir Ramadhan, rebutlah peluang istimewa ini.

Sebenarnya nak cerita pasal lain, tapi tengah mood raya la sekarang ni kan, last weekends saya berbuka puasa di suatu tempat yang saya sendiri tak penah sampai, nak tahu di mana....tunggu sehingga penghujung entry ini. Untuk menu berbuka kali ini kami choose satay sebagai menu berbuka kami, actually ada yang lain-lain juga. Kenapa pilih satay, sebab kami mengidam nak makan satay lah. 

Satay ini cukup lain dari satay yang pernah saya jumpa and makan, lain tu bukan dari segi bentul or rasa, but dr aspek fizikal, nak tau apa yang lain tu, cer tengok gambar yang saya dah snap before we eat. Perhatikan betul-betul yer semua.


Besar kan satay yang dihidangkan

Order sikit, kalau banyak2 tak habis
Besarkan fizikal satay ni, rasa pun quit nice and sedap tau. Kalau makan 3 batang pun dan kenyang, dinasihatkan jangan order banyak-banyak seperti order satay biasa. Di kedai ini cuma available satay ayam sahaja. Untuk air pula kami order jus tembikai dan sirap limau. Time kami berbuka di sini kedai ini juga berbaik hati degan menawarkan bubur kacang hijau yang sangat sedap secara percuma kepada para pelanggan. Best kan..! tapi lupa nak snap gambar.

Dah terlajak kami sampai awal di sana, singgah sebentar di bazar pekan Tanjung Karang, memang besar dan ada pelbagai juadah and so excited sebab harga yang jauh lebih murah dari bazar di sekitar KL. Murtabah RM2, 3 Popia basah RM2, 11 Otak-otak RM5. Then ada jumpa satu lauk ni, memang jarang dapat di KL, tapi lupa la apa namanya, rupa nacam kerang tapi kecil sangat, macam udang pun ada.

Jus Tembikai dan sirap limau


Mesti semua tertanya kat mana kan, so nama kedainya SATAY HUT di Tanjung Karang, landmark untuk pergi ke sini Hospital Tanjung Karang, kedai memang betul-betul sebelah and sederet dengan hospital and betul-betul di pekan bandar Tanjung Karang. So selamat menjelajah ke sini, if you all wish too.


Kedai Satay Hut di Tanjung Karang

Read More

18 August 2011

Review : Murni Discovery

Ceritanya saya ni nak wat gathering or iftar dengan kawan-kawan study di UiTM dulu, tapi nampak macam tak dapat sambutan dangat, mungkin ramai yang dah keje and dah balik kampung halaman dan terus menetap di kampung after habis study dulu. Rezeki tidak menyebelahi saya kali ini. So, ader la kwn2 yg suggest nama kedai ni then I pun try la google and cari restorant ni, then interested lah nak try tempat baru, iaitu di Murni Discovery

Komen-komen kawan daripada FB

So kami ke sana untuk berbuka puasa kali ini, kalau tak silap ada 5 cawangan Murni Discovery ni, but all at USJ area. Nak tahu lebih lanjut tekan ni. Destinasi kami di Murni Discovery USJ 9, landmark bersebelahan Taipan USJ 10. Tempat agak susah nak cari, kedainya ada di antara kedai-kedai lain, mata perlu tangkas and tajam time mencari.

So sampai-sampai je di kedai, memang kedai sudah half penuh orang tunggu untuk berbuka puasa time saya sampai. Then luckily we all dh reserve tempat and number one from the list, hehehe :). Suasana kedai memang selesa, tapi nak cari kedai ni memang agak pusing-pusing mungkin sebab tak biasa dengan kawasan USJ. So we choose ala-cart je, sbb if buffet memang murah but rasa denga keadaan perut yang agak kecil ini, tak mampu nak makan banyak-banyak dalam masa yang singkat. 

Daripada menu yang tersenarai dalam buku menu, dengan physical buku menu yang dah macam album kahwin pun ada, all listed spell very delicious and very uniq and variety of choices from nasi lemak, spagethi, roti, naso goreng, mee, sup dan macam-macam hidangan lagi yang ada. Memang rambang mata nak pilih nak makan yang mana, and for your info ada some of the menu created by Murni Discovery sendiri tau. 

Finally lepas selak-selak belek-belek buku menu tu, inilah pilihan kami berdua untuk menu berbuka kama, nak tahu apa yang kami order, jamu mata dulu dengan gambar-gambar di bawah ini, memang sedap sedap sedap sedap sedap sedap sedap n lazat.


Nasi Lemak Murni Discovery
Nasi Goreng Chicken Chop
Triple H
Dari kiri Lily Special, Manggo Special, Sky Juice
Macam mana nampak macam sedap, tapi truly memang sedap pun, air pun cukup manis dan sangat special tau, dalam air ada macam-macam isi yang kaya dengan zat. Selepas sangat-sangat kekenyangan kene la bayar , then mesti semua nak tahu harga makanan dan minman yang kami order tu kan, maaf la exact price memang tak ingat sebab bukan saya yang bayar, hihihih ;-), so total secara kasar x sampai RM35 untuk 2 orang makan, kalau nak tangok price list klik sini, kalau ambil pakej buffet seorang RM25, so fikir-fikir la sendiri mana yang jimat and berbaloi dan bergantung la pada masing-masing terserah kepada anda untuk memilih.

Sekian untuk entry kali ini, jumpa lagi semua. XOXO gossip girl.
Read More

15 August 2011

Kuih Lopes


Credit : Mama Tomei

Siapalah yang agak-agak tak kenal dengan kuih ni, sila angkat tangan.... bagus nampaknya semua kenal and for sure semua orang pernah rasa kuih ni. Kuih Lopes is one of my favorite kuih in bulan Ramadhan, sebab kuih ni manis and lembut. Nak resipi kuih ni tak, actually saya tak pernah buat kuih ni pun, just to share with all by blog reader macam mana nak buat kuih lopez ni. 

Bahan-bahan
2 cawan beras pulut, 2 cawan santan cair, 1/2 cawan air pandan (dikisar), 1 st air kapur, 1/2 st garam, beberapak titik pewarna hijau, kelapa parut (gaul denga sedikit garam), air gula (3 ketul gula melaka, 5 sb gula, 3 cawan air)

Cara-cara
Cuci beras pulut, rendam beras pulut dgn air selama 3 jam, masukkan juga pewarna dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air kemudian tapiskan airnya, kemudian toskan dan masukkan ke dlm loyang. Kukus selama 20 minit. Lepas itu masukkan santan  bersama air pandan kukus selama 30 minit. Alas bekas dengan daun pisang, dan ambil pulut tekan padat-padat dgn plastik or daun pisang. Biarkan sejuk kemudian potong ikut bentuk yg suka. 

Utk air gula, masukkan kesemua bahan ke dlm periuk, bila mendidih kecilkan api dan masak sehingga likat. Biarkan sejuk seketika, kemudian boleh di hidang bersama pulut, jadilah kuih lopes.




SELAMAT MENCUBA, SENANAG JER


Read More

11 August 2011

Kunci Kesihatan di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah yang penuh barakah. Disamping menunaikan ibadah kepada Allah SWT melalui puasa individu akan mendapat kekuatan spiritual dan belajar mengawal tuntutan nafsu. Ramadhan mendidik kita supaya bersabar serta lebih berdisiplin terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai menu yang pasti menaikkan nafsu makan lebih  dari hari biasa walaupun ketika berpuasa.


Ramadhan adalah bulan yang baik untuk kita merebut peluang melakukan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan Illahi. Maka amatlah penting untuk kita mengelakkan tahap kesihatan supaya berada di tahap optima dan penuh bertenaga. Amalah pemakanan yang tidak sihat juga boleh menjejaskan proses pencernaan dan penyumbang kepada masalah gastrousus seperti sakit perut, cirit-birit, pedih ulu hati dan angin berlebihan.


TIPS-TIPS KESIHATAN


Lakukan 

  • makan sahur untuk mengelekkan 'hypoglycemia' atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan
  • makan makanan yang lambat dihadam terutma sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oat, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyat serat
  • minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan 
  • makan makanan yang mengandungi gizi seimbang
  • mengambil supplimn kesihatan yang halal untuk lebi sokongan kepada sistem badan
Elakkan
  • tidak makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan bersahur. Ia akan menyebabkan anda merasa malas dan letih
  • tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3 jam atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik
  • makanan yang cepat dihadam adalah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya
  • mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. Ia akan menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan
  • tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandungi 'theophylline' yang menyebabkan kita kerap membuang buang air
Read More

10 August 2011

Tauhu Anora

Alhamdulillah, masih sempat aku berjumpa dengan Ramadhan kali ini, dan sempat aku untuk menjamu tauhu anora lagi sebagai juadah berbuka puasa aku dan keluarga. Mungkin ramai yang tidak pernah rasa atau tidak pernah dengar tentang tauhu anora. Tauhu anora atau nama manjanya tauhu sumbat memang sedap, tengok lah gambar di bawah ini.
*
*
*
*
*
*
1
*
2
*
3
*
*
*


Sedapkan, jika berminat untuk tempahan untuk majlis keramaian boleh hubungi Kak Ani dengan nombor yang ada pada gambar di bawah ini, atau untuk mengikuti mereke di laman blog mereka atau facebook mereke, sila klik pada link yang aku sediakan bawah gambar ini.


Untuk Ramadhan kali ini tauhu anora ini boleh di dapati di Din Kuih Taman Melawati, Gerai Goreng Pisang Wangsa Melawati, Gerai Kuih Bukit Antarabangsa dan tempat yang aku selalu terjah dan beli adalah di Bazaar Juadah Taman Melawati. Untuk ketahui  lokasi yang lebih tepat dan tepat silalah layari facebook tauhu anora ini, disana ada peta yang lebih lengkap. Selamat mencuba dan menjamu selera dan selamat berbuka.


Blog: Tauhu Anora
*
*
*
*
*

SEKIAN
Read More

06 August 2011

Kelebihan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

  1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
  5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-


Read More

04 August 2011

Zakat Fitrah

S: Apakah pengertian zakat fitrah dan mengapakah ia diwajibkan ke atas umat Islam?

J: Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan kerana tamat bulan Ramadhan dan dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Dalam hadis riwayat Ibnu Umar yang bermaksud: “Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Antara syarat-syarat wajib zakat termasuklah
  • Islam dan Merdeka.
  • Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  • Wajibnya zakat fitrah iaitu setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.
  • Waktu membayar zakat fitrah iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan. Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Waktu afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang raya Idul Fitri. Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Idul Fitri sehingga tibanya Waktu maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari). Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Idul Fitri.
Read More
Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena