Assalamualaikum
Sekarang saya ingin berkongsi
tip-tips untuk bakal pengapit mempelai. Sudah tentu majlis persandingan
selalunya ada pengapit. Apa tugas pengapit sebanarnya, pasti anda menjawab
untuk mengipas pengantin, tapi jika bersanding di dalam dewan yang ada penghawa
dingin adakah masih terasa panas? (^_^)
Pengapit adalah sangat
penting kepada pengantin perempuan, kerana walaupun sudah selamat bergelar
isteri tetapi pada hari persandingan ada di antaranya masih gugup, gementar dan
sebagainya. Kebiasaanya seorang pengapit adalah sahabat baik kepada pengantin,
adik beradik atau saudara-mara, terpulang kepada pengantin untuk emmbuat
pilihan dengan siapa mereka lebih selesa dan akan berasa tenang.
Secara jujurnya saya tidak
suka menjadi pengapit kepada pengantin, saya lebih suka untuk ke hulu dan ke
hilir dan bebas untuk berbuat apa sahaja. Tetapi untungnya seorang pengapit,
dapat menjamu selera bersama pengantin dengan lauk pengantin yang pasti sedap dan
lazat. Untung bukan!
Masih bercerita tentang
pengapit, apa yang menjadi dilema kepada pengapit selalunya tentang pakaian dan
penampilah gaya mereka, kenapa ini yang ditiik beratkan oleh penganpit,
agak-agak apa sebabnya? Sebabnya sudah pasti gambar mereka banyak (~_^) orang
kuat pengantin katakan, so wajib setiap gambar yang dirakamkan terutama di
kawasan pelamin dan meja beradab gambar mereka pasti ada.
Perkara utama yang perlu ditekankan ketika ingin menjadi pengapit ialah menyediakan baju yang bersesuaian dengan tema majlis. Ada juga pengantin yang menyediakan baju untuk pengapit. Pastikan warna baju tidak terlalu menonjol lebih daripada pengantin misalnya warna merah terang dan kuning terang. Pastikan juga baju tidak terlalu terdedah bagi pengapit perempuan. Jangan jadikan mata tetamu yang datang lebih tertumpu kepada pengapit berbanding pengantin.
Pastikan solekan tidak terllau tebal mengalahkan pengantin. bersoleklah dengan ringkas tetapi tetap menarik. Jangan sampai orang berkata pengapit lebih cantik daripada pengantin atau orang akan berkata "overnya make up pengapit." Jangan tenggelamkan keserian pengantin. Jangan pula langsung tidak memakai solekan kerana pengapit juga perlu sedikit keserian. Jangan biarkan pucat tanpa solekan seperti orang yang sedang sakit.
menolong pengantin dalam apa-apa hal. nama pun sudah raja sehari, pasti orang lain akan melakukan untuk pengantin. Tolong sendukkan nasi ke dalam pinggan pengantin. Ambilkan lauk pengantin yang jauh daripada jangkauannya. Pengapit pengantin harus sentiasa memegang tusi atau sapu tangan mengikut pengantin, walau ke mana sahaja pengantin pergi. Hal ini adalah disebabkan oleh solekan yang mungkin mencair keraa cuaca yang panas. begitu juga pengantin lelaki yang sentiasa berpeluh kerana pakaian yang berlapis.

Sekian XOXO, jumpa lagi. Terima Kasih kerana sudi baca.
6 comments:
Baju pengapit yang penting tak over dari pengantin..hehehe... feeruzstory.blogspot.com
thanks for the info.. boleh buat panduan nieh.. huhu cant wait to be my bestfriend brides maid nnt :)
sometimes..pengapit over dr pengantin..pemilihan pengapit yg fhm ttg perjalanan hari bersajarah tu pnting jgk..hehe..nice info..tq
follow me dear..
www.hazyisle.blogspot.com
nice tips dear.. hehe.. thanks for sharing.. hehe..
oh! exchange blog link dengan fatin ya
www.jalinan-cintaku.blogspot.com
follow sini.. nak tahu perkembangan bride to be. ehiks. =)
thank you kakak.. T____T cousin kita suruh jadi pengapit. kita taknak tapi no choice dah. kita je cousin yang paling besar. betul la macam kakak cakap. nak kena pikir pakai apa semua. T___T now gugup kalah pengantin dah. nak pakai baju apa semua taktau lagi. wedding kurang 3minggu lagi. nak tempah pun tak cari kain lagi. baju pengapit lelaki color apa pun tak tengok lagi. grrr~ nak jadi tetamu biasa2, nak jalan2 nak pakai sukahati.. :D
Post a Comment