Kebiasaan
masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia
adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Sudah memiliki
kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2,500, diikuti dengan sebuah rumah dan
kereta. Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan
perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin, dan belanja
kenduri kahwin. Jika seseorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak
untuk bergelar suami.
Namun
dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.
Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut
dan.
KEPIMPINAN
Persediaan
terpenting islah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab
sebagai pemimpin ke atas keluarganya. Allah berfirman ‘Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki’
[al-Nisa’ 4:34]. Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumah
tangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin menjadi
pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia
adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumah tangga.
Bagi
yang belum pernah, maka alam rumah tangga adalah suasana yang baik untuk mula
melatih diri menjadi pemimpin, terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri
anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi
rumah tangga. Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatat
markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan
menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan cirri kepimpinan anda
akan dipersoalka semula oleh Allah pada hari Akhirat kelak.
KETEGASAN
Lanjutan
dari cirri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing
isteri, Kelak apabila diaugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas
dalam membimbing anak-anak, Allah meningatkan ‘Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara
isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu
awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan
dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah
akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani’ [al-Taghabun 64:14].
Oleh
itu dalam industri perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin,
penjaga dan bukanlah dijaga serta pengawal dan bukanlah dikawal. Namun
ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap
memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka.
PEMELIHARAAN
DARI API NERAKA
Suami
merupakan pemelihara agar ali keluarga tidak masuk ke dalam api neraka. Firman
Allah ‘Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh
malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada
Allah dalam segala yang diperintahkahNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintkan.’ [al-Tahrim 66:06].
Lantaran
itu, anda perlu melengkapkan diri denga ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik
ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikkannya. Lebih penting, anda
hendaklah paling ke hadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut.
Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan
aurat. Allah member amaran ‘Wahai
orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
lakukan ! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang
kamu tidak melakukannya’ [al-Saff 61:2-3].
MEMBERI
NAFKAH
Termasuk
persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan
rumah tangga. Oleh itu anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal,
keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli
keluarga seandainya mereka jatuh sakit. Meskipun nafkah rumah tangga berada di
atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami
mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami
memiliki kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah
ini.
Allah
berfirman ‘Hedaklah orang (suami) yang
mampu member nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan
rezekinya, maka hendaklah dia member nafkah dari apa yang diberikan Allah
kepadanya (sekadar yang mampu)’ [al-Thalaq 65:07]. Demikianlah beberapa
kualiti yang pelu ada pada seseorang lelaki untuk dia mejadi seorang suami.
Perjatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum
atau batasan tertentu bagi menuntukan layak atau tidak. Ia adalah kualiti yang nilainya
relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan
berkurung apabila anda mengabaikannya. Lantaran itu lelaki yang sudah bersedia
menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan
berazam untuk terus memperbaiknya.
0 comments:
Post a Comment