Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada
13-15 Februari 2012 telah membincangkan Status Terkini Pematuhan Syariah Skim
Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). Muzakarah telah membuat
keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan
daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Muzakarah mendapati dan berpuashati
bahawa pelaksanaan skim Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh BSN telah dikemaskini
dengan menggunakan akad Mudharabah (perkongsian untung) dan dana SSP dilaburkan
dalam instrumen dan aset yang mematuhi Syariah serta hadiah-hadiah yang
disumbangkan adalah menggunakan dana dari sumber Skim Perbankan Islam (SPI)
BSN.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa skim Sijil Simpanan Premium yang telah diperbaharui
pelaksanaannya oleh BSN adalah produk yang sepenuhnya mematuhi Syariah dan
diharuskan oleh syarak.
0 comments:
Post a Comment