14 February 2012

Bajet Kahwin - Belanja Ikut Keperluan

PERBINCANGAN BERSAMA
Hanya anda dan pasangan sahaja yang mengetahui tahap kemampuan kewangan amsing-masing. Justeru, berbincanglah dengan pasangan mengenai perjalanan majlis seperti menetapkan lokasi, tema, pakaian, jemputan, makanan dan sebagainya. Pastikan setiap keputusan dipersetujui bersama. Antaranya:


TEMA
Klasik, romantik, moden atau dalam taman. Jika memilih tema dalam taman , cuba kurangkan bajet dengan menggunakan persekitaran sedia ada seperti di kebun atau halaman rumah.


JEMPUTAN
Senarikan jumpah dan siapa tetamu yang akan dijemput. Jika jemputan agak terbatas, utamakan keluarga, jiran dan sahabat.


PAKAIAN
Sesuaikan dengan tema dan lokasi. Pastikanpakaian sesuai dengan karakter dan selesa untuk digayakan sepanjang hari. Jika tidak mampu untuk membeli, lebih baik menyewa sahaja.


MAKANAN
Bincang bersama keluarga sama ada memilih katering bergotong-royong untuk memasak. Jika memilih catering minta saranan rakan yang pernah menggunakan khidmat katering bagi mengenal pasti katering yang tepat.


AGIHAN PERBELANJAAN
Dalam merancang bajet perkahwinan, anda tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja. Sebaliknya, berikan agihan perbelanjaan dengan menyenaraikan nsiapa yang perlu mengeluarkan bajet bagi sesuatu perkara. Senaraikan setiap barangan yang diperlukan seperti barangan hantaran, fotografi, bunga telur dan sebaginya.


TETAPKAN BAJET BAGI SETIAP PERBELANJAAN
Bagi mengelakkan anda berbelanja secara berlebihan, tetapkan dan catatkan bajet bagi setiap perbelajnaan anda. Misalnya, barangan hantaran (RM2,000) bagi setiap seorang dan pertunangan (RM1,600), katerer (RM12,000), pakaian, pelamin dan fotografi (RM4,000), cenderahati dan bunga telur (RM1,500), lain (RM2,000). Apabila bajet telah ditetapkan, pastikan barangan dan perkhidmatan yang dipilih tidak melebihi bajet tersebut.


DAPATKAN SEBUT HARGA
Jangan terlalu tergesa-gesa dalam memilih pihak pengurusan perkahwinan. Kunjungi beberapa butik perkahwinan bagi memilih pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Dapatkan sebut harga daripada pembekal misalnya, kedai bunga, kedai gambar, butik pengantin, keterer, kedai cetakan, kad kahwin dan sebaginya.


BELI SECARA BERPERINGKAT
Jika anda telah memilih tarikh perkahwinan, rancanglah perbelanjaan dari awal. Misalnya, enam bulan sebelum majlis adalah masa terbaik secara berperingkat. Pada bulan pertama misalnya, anda sudah boleh mengeluarkan bajet untuk membeli cenderahati. Pada bulan berikutnya, keluarkan bajet untuk hantaran pula. Dengan perbelanjaan secara berperingkat ini, ia akan meudahkan anda merancang bebanan kewangan.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 Little Rafa, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena