Assalamualaikum
W.B.T.
Aku
ingin berkongsikan pengalaman pertama aku bersalinkan anak sulung lelaki yang
kini sudah berusia 8bulan. Alhamdulillah.
16
Disember 2014
08:00
Aku dan husband bersiap untuk pergi ke hospital untuk checkup bukaan pintu rahim.
Sebab seminggu yang lepas pintu rahim aku sudah 3cm bukaan tetapi aku tidak
merasa apa-apa sakit atau tanda untuk bersalin, even doctor sudah berikan green
light untuk aku bersalin pada hari tersebut. Tetapi disebabkan aku seperti
terkejut dan tidak bersedia jadi aku menolok dan meminta izin doctor untuk
tunggu aku berasa sakit sendiri. Makanya aku dibenarkan pulang dan
appointmentnya pada hari ini.
Dalam
boot kereta sudah siap semua kelengkapan aku dan bayi yang bakal dilahirkan. Kemungkinan
aku akan ditahan hari ini. Aku sedikit gementar apabila masuk berjumpa doctor.
Pengalama pertama bagi aku dan suami. Ketika ini bukaan pintu rahim sudah 5cm
tetapi aku tetap tidak merasa sebarang tanda atau sakit untuk bersalin, aku minta
kebenaran doctor untuk pulang dan datang kembali jika sudah sakit.
21:40
Aku berada di butik suamiku menunggu bersiap untuk pulang ke rumah. Ketika ini
aku sudah mula rasakan sakit seperti kekejangan yang termat sangat di bahagian
perut. Tetapi aku Cuma diamkan diri dan bertenang, aku masih positive thingking
mungking ‘false contraction’. Aku terus mandi untuk sejukkan badan sementara
menunggu suamiku siap. Selepas mandi sakit mula berkurangan. Aku terjaga ketika
sakit diperut datang kembali.
17
Disember 2013
06:25
Aku bangun dari tidur untuk solat subuh tiba-tiba seperti ada ketulan berdarah
jatuh ke lantai. Maka aku pun sudah mengetahui inilah tanda untuk aku bersalin.
Aku terus panggil suami dan beritahu sudah tiba masanya untuk bersalin. Aku pun
beritahu kepada mak dan abah. Air ketuban masih tidak pecah ketika ini dan
tiada sebarang rasa sakit.
08:00 Aku
dan suami dalam perjalanan ke hospital dan terus ke kaunter dan beritahu yang
sudah keluar tanda bersalin. Aku terus di hantar ke labour room untuk buat CTG.
Semua masih normal dan aku masih tidak berasa sakit dan air ketuban masih tidak
pecah. Aku duduk di dalam labour room bersama suami bersembang-sembang sehingga
nurse datang untuk check bukaan yang ketika itu sudah 7-8cm.
10:00 Dalam
labour room aku tidak putus-putus membaca doa supaya urusan bersalin aku
dipermudahkan. Kebetulan dalam labour room di dinding ada pelbagai doa yang
disarankan untuk diamalkan, jadi aku mengambil kesempatan itu untuk amalkan
juga. Nurse datang masukkan ubat buang dan arahkan aku terus ke tandas dan
kemudian pecahkan air ketuban dengan penyucuk seperti lidi.
11:15 Masih
di labour room dengan bunyi dari bilik-bilik lain. Aku mula rasa sakit yang
datang setiap 30minit. Tapi sakit yang aku masih boleh tahan. Aku masih boleh
bersebang dengan suami dan call mak. Sehinggalah sakit itu semakin kerap sampai
rasa nak teran sangat-sangat.
12:35
Aku suruh husband panggil nurse sebab rasa sakit sangat nak teran. Nurse datang
dan arahkan aku teran bila rasa sakit datang, sementara tunggu doctor sampai.
Syukur tak lama lepas tu doctor pun sampai dan monitor aku. Aku cuba untuk
teran sehabis tenaga aku dengan rasa sakit. Alhamdulillah syukur selepas aku
teran kali yang keberapa dengan kata-kata semangat dari suami, doctor dan nurse
bayiku selamat dilahirkan secara normal pada jam 12:57.
Alhamdullilah
proses bersalina ku dipermudahkan. Aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang
diberi nama Rizq Danial seberat 3kg pada 17 Disember 2013 pada jam 12:57pm.